Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KUASA WANG DAN KUASA SAMSING KE ?

27/09/15

Ramal Najib, BN kekal selepas PRU14

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dalam waktu terdekat, begitu juga parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak akan digantikan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya hari ini, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, Umno akan menggunakan wang dan kuasa bagi memancing undi, sambil menakutkan orang Melayu dengan mengatakan mereka berdepan risiko "dihapuskan" golongan minoriti Cina.

"Cukup ramai orang di sekeliling perdana menteri yang percaya dengan wang dan kuasa politik, mereka boleh terus mengatur undi luar bandar yang cukup atas nama kelangsungan hidup bangsa (kaum) untuk terus berpaut kepada kuasa.
 
"Penggunaan emotif 'bangsat' oleh Najib menerima sokongan ramai orang Melayu luar bandar.

"Najib sendiri percaya boleh mempertahankan kuasanya sehingga PRU akan datang untuk memimpin BN ke arah kemenangan.

"Jadi, sesiapa yang rasa Najib akan disingkirkan tidak lama lagi dan BN tidak lagi wujud pada PRU akan datang, eloklah fikir dua kali," kata Kadir.

"Selagi beliau boleh mendapatkan separuh daripada pakcik, makcik, Orang Asli, penduduk luar bandar dan peneroka Felda untuk memihak kepada beliau, Umno akan kembali berkuasa dan kedudukan beliau tidak akan dapat disangkal. Beliau akan berjaya menyangkal tuduhan yang dibuat terhadapnya."

Kadir berkata, apa yang Najib perlu lakukan pada masa sama ialah, memastikan tiada tindakan jenayah diambil terhadapnya.

Menurutnya penggubal undang-undang BN harus dipantau rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian berpaling tadah atau undi tidak percaya.

Memetik contoh "perhimpunan baju merah" 16 September di mana pihak penganjur boleh meyakinkan orang ramai untuk menyertainya, Kadir berkata, tiada apa yang boleh menghalang modus operandi sama digunakan untuk memenangi PRU14 akan datang.

"Moto Najib – wang adalah raja – diterima baik orang Melayu yang miskin di kampung-kampung dan penempatan Felda.

"Dengan kemerosotan harga komoditi yang berterusan dan peningkatan kos sara hidup akibat kejatuhan nilai ringgit dan pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kuasa wang lebih kuat di kalangan orang miskin luar bandar," katanya.

Menurut Kadir, Najib tidak memerlukan "cerdik pandai Melayu" atau orang bandar, menyedari yang beliau tidak dapat mengancam mereka supaya berserah diri kerana rasa takut disebarkan.

Bagaimanapun, Kadir berkata, Najib, parti dan kerajaan makin lemah dari segi media, memandangkan media arus perdana kini kehilangan pembaca dan berdepan masalah kewangan.

Beliau berkata, integriti dan standard laporan mereka kini jatuh apabila mempertahankan Najib dan kerajaannya runtuh dalam setiap kes saman yang mereka tewas.

Sebaliknya, media bebas seperti akhbar Sinar Harian dan penerbitan di bawah The Edge Media Group, makin diterima pembaca, dan pada masa sama semakin ramai yang menggunakan blog, Facebook, Twitter dan Instagram.

"Percubaan Najib dan penyokongnya menggunakan platform ini, bermula dari PRU 2013, tidak berjaya dengan cemerlang.

"Sebaliknya, laman sesawang mereka digunakan rakyat untuk meluahkan cemuhan ke atas mereka."

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.