Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JEREBU

Shah Alam catat bacaan IPU tertinggi

Jerebu
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini, dengan Shah Alam di Selangor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 177.
  
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang turut mencatatkan tahap tidak sihat ialah Batu Muda (174), Pelabuhan Klang (173), Sri Aman (166), Petaling Jaya (161), Putrajaya (159), Banting (150), Cheras (149), Tanjung Malim (143) dan Kuala Selangor (141).
  
Sepuluh kawasan lain ialah Samarahan (140), Seremban (130), Kuching (122), Seri Manjung (117), SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Jerantut (masing-masing 144), Port
Dickson (112), Bukit Rambai (107), Bandaraya Melaka (106) dan Nilai (102).
  
Sementara itu, sebanyak 22 kawasan mencatatkan IPU sederhana dengan Tawau merekodkan bacaan tertinggi iaitu 86 diikuti Sarikei (83) dan Pasir Gudang (80).
  
Lima kawasan di utara semenanjung pula mencatatkan IPU baik dengan dengan Kangar mencatatkan IPU paling rendah (21), Alor Setar (26), Langkawi (30), Perai (39) dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (44) dan Tanah Merah (42).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
  
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.