Kos sara hidup duduki ranking 1 dalam #Bajet2016
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini
memaparkan keputusan terkini daripada kaji selidik bagi #Bajet2016
menerusi laman rasmi Facebooknya.
Menerusi paparan tersebut melaporkan bahawa Kos Sara Hidup: Perumahan dan Kehidupan di Bandar serta Pendidikan menduduki tempat teratas.
Kos Sara Hidup mendahului carta iaitu mendapat 5,042 markah; Perumahan dan Kehidupan di Bandar menduduki tempat kedua dengan 2074 markah serta Pendidikan di carta ketiga dengan 1594 markah.
"Sekiranya anda belum memberi maklum balas kepada saya, sila kunjungi https://najibrazak.com/bajet2016/survey," tulisnya.
Terdahulu, Najib mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Oktober ini.
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya.
"Kerajaan sedang menyediakan #Bajet2016. Ada cadangan yang ingin diberikan kepada saya? Kemukakan rdihttps://najibrazak.com/bajet2016/," katanya menerusi akaun Twitternya.
Laman web najibrazak.com/bajet2016/ itu turut memaparkan beberapa kategori yang sering menjadi fokus dalam Bajet-bajet sebelum ini.
Antaranya kos sara hidup, pembangunan luar bandar, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.
Selain itu, orang ramai diberi peluang mengemukakan cadangan-cadangan lain.
0 orang berkata:
Post a Comment