Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1 MDB BERTAMBAH KALUT ?

Siasat Khairuddin bekerja untuk siapa
Mustapha Yaakub
Mustapha Yaakub

SHAH ALAM - Veteran Umno kesal dengan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara ini yang sanggup menjadi perantara  menguruskan pertemuan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam usahanya  untuk meminta negara itu campur tangan dalam kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dengan tindakan itu kini, jelaslah isu 1MDB selama ini adalah ciptaan kuasa luar dalam usaha untuk menjatuh kuasa Melayu di negara ini.


"Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat untuk siapa Khairuddin dan peguamnya  Mathias Chang  bekerja untuk membuat laporan polis dan merancang untuk berjumpa FBI?


"Apakah kaitan misi Khairuddin dan Mathias Chang  itu dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mengatakan Najib mungkin ditangkap sekiranya keluar negara?


"Apakah Mahathir  dibelakang segala usaha itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin ditangkap?


"Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka apakah orang di belakang Khairuddin tidak bahaya?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu Mahathir dalam satu kenyataan semalam berkata, ‎sekiranya Najib didapati terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram beliau mungkin akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara lain.


Mengulas lanjut, Mustapha berkata pihaknya berharap agar pihak polis melakukan siasatan segera berkenaan isu tersebut.


"Veteran mahu supaya polis menjalankan siasatan yang rapi dan mendesak supaya sesiapa saja yang terlibat dengan perancangan menjatuhkan kerajaan yang sah ini ditangkap dan dihukum," katanya.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis: Khairuddin mensabotaj negara]
 
Terdahulu, Khairuddin baru-baru ini yang ditahan oleh polis pada petang Jumaat lalu, telah dikenakan perintah reman selama enam hari berkaitan dengan isu 1MDB.
 
Sementara itu polis dalam satu kenyataannya menjelaskan bahawa penangkapan Khairuddin adalah disebabkan oleh usahanya untuk mensabotaj negara
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.