Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ancaman pengganas di KL, tiga ditahan
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga individu susulan kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka‎ terdiri daripada seorang warga tempatan serta warga Indonesia dan Syria.


Noor Rashid berkata kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan.


"Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Australia mengenai tahap keselamatan di lokasi tertentu yang dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan  pengganas," katanya kepada Bernama di sini.


Semalam, kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor telah mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.


Noor Rashid menegaskan situasi keselamatan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka.


"Saya telah mengarahkan anggota saya bertugas di lokasi berkenaan dan memantau sekiranya ada aktiviti mencurigakan," kata Noor Rashid. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.