Langit negara pulih menjelang Oktober
KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka bebas dari gangguan jerebu rentas
sempadan menjelang awal Oktober kerana kesan dari siklon Dujuan, yang
bermula dari Filipnia, diramal lenyap awal minggu depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata
keadaan ini boleh berlaku secara tentatif pada 28 hingga 30 September.
Dujuan yang muncul dari Filipina sejak Selasa lepas, yang mengakibatkan
perubahan arah angin, membawa balik jerebu ke negara ini selepas reda
seketika.
"Musim intera-monsun tercetus pada pertengahan bulan ini, ketika
keadaan sepatutnya bebas jerebu. Namun, kita boleh menjangkakan bebas
dari jerebu tidak lama lagi," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata musim intra-monsun dijangka membawa hujan pada sebelah tengah hari.
Che Gayah berkata operasi pembenihan awan akan hanya dijalankan bila
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesuatu kawasan mencecah paras tidak
sihat selama 72 jam (tiga hari) berturut-turut.
Beliau berkata jabatan itu kini memantau rapat situasi di Johor.
Tiga stesen di Johor - Pasir Gudang, Larkin Lama dan Kota Tinggi yang
melaporkan IPU tidak sihat sejak Khamis, mengalami kualiti udara
bertambah baik pagi ini, dengan indeks direkodkan pada paras sederhana
pada 1.00 tengah hari.
Di Kuala Lumpur, IPU terus berada di paras sederhana dalam masa tiga hari lepas.
Bacaan IPU 0 ke 50 menunjukkan kualiti udara baik; 51 ke 100,
sederhana; 101 ke 200, tidak sihat; 201 ke 300, amat tidak sihat; 300
dan lebih, berbahaya. - Bernama
3 orang berkata:
luxury replica bags high quality replica handbags replica wholesale handbags
f8z97p4w94 d3z01p1s43 i8s56l3x32 f1d21a8l65 r9g52g4o65 v2v39x9k51
l3j66n9v49 h9s38e7s04 e3u59x6w54 w5u54s2s02 g8v64y9r75 s7j73b8l16
Post a Comment