Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PR 2.0 KABUR

Komitmen Pas dalam PR, bukan PR 2.0
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
SHAH ALAM - “Tidak berbangkit isu PR 2.0 sementara komitmen Pas masih dalam PR. Kita hanya terputus tahaluf dengan DAP tetapi tidak dengan PR yang masih mempunyai dua kompenan tahaluf iaitu Pas dan PKR,” demikian ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
 
Selain  menyifatkan penegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak PR 2.0 sebagai keputusan yang tepat dan pintar, Nasruddin turut berkata Pas tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud.
 
“PR 2.0 belum wujud malah usaha mewujudkannya juga masih kabur dan Pas tidak berminat mewujudkan versi 2.0 itu kerana PR versi asal masih utuh dan apa yang perlu adalah mengukuhkan versi asal dengan komitmen yang sudah jelas sebelum ini dan membuat penerokaan baru yang efektif kepada PR.
 
“Kami baharu sahaja dikhianati oleh DAP yang menyerang dari segenap sudut termasuk mensasarkan peribadi Presiden kami. Malah serang saraf dan provokasi DAP terhadap Pas belum berakhir sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Menurutnya lagi, pihaknya tidak boleh bertolak ansur terhadap sikap dan tindakan bekas pimpinan dan ahli Pas yang menikam parti tersebut dari belakang.
 
“Kami tidak mahu ia menjadi 'precedent case' kepada umum. Khianat kemudian diterima sebagai kawan berulang-ulang kali. Keadaan begini akan merosakkan kesejahteraan iklim politik negara justeru ia mengheret negara menghalalkan sebuah pengkhianatan politik. 
 
“Pengkhianat mesti dikekalkan rasa bersalahnya di sepanjang zaman sehingga ia menyesal dan kembali bertaubat kepada ALLAH. Mengiktiraf pengkhianat akan menghilangkan rasa bersalah mereka yang terlibat. Ini sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan rakyat apatah lagi perjuangan Islam,” tegasnya lagi.
 
Nasruddin dalam pada itu turut mengkritik Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan.
 
“Parti yang baru ditubuhkan itu masih belum jelas hala tuju dan tidak diketahui umum perlembagaan partinya, kecuali mereka bermaksud meneruskan dasar dan perlembagaan parti lama itu sendiri yang berhaluan kiri. 
 
“Usahkan perlembagaan, nama parti yang baru pun belum disahkan secara muktamad oleh pendaftar pertubuhan. Lebih mengelirukan, Pengerusi parti baru itu sendiri jelas nyatakan sikapnya tidak perlukan Pas dan tidak yakin untuk bekerjasama dengan Pas dalam PR 2.0, Timbalan Pengerusinya pula berkata, marilah menyertai PR 2.0 dan Naib Presidennya pula berkata Pas adalah musuh politik nombor satu mereka,” kataya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.