Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP KALAH TERUK PRU KE 14

Amaran MCA pada Kit Siang di Gelang Patah

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
SEGAMAT - MCA sedia 'menggempur' pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai. 
 
Menteri Pengangkutan itu berkata bagi 'menggempur' Kit Siang di Gelang Patah, MCA akan bertindak menyuarakan pandangan serta perasaan rakyat melalui pemimpin akar
umbi MCA.

"Apa yang terjadi (di Gelang Patah) sekarang Kit Siang langsung tak layan penduduk di Gelang Patah, terus hilangkan diri sehingga penduduk cari beliau ke merata tempat bagi mengadu masalah mereka.

"Umno setuju kembalikan kerusi itu kepada MCA pada PRU nanti, tetapi kita tunggu nanti adakah Kit Siang berani bertanding balik di Gelang Patah kerana beliau susah nak duduk di satu tempat secara tetap, suka melompat kerana lama sangat duduk takut rahsia dia terbongkar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.      

Pada PRU Ke-13, Lim menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah.   

Tiong Lai berkata selain Gelang Patah, Umno juga menyatakan persetujuan untuk memberikan semula kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA pada PRU akan datang.

"Pada PRU yang lepas MCA pinjamkan tiga kerusi Parlimen kepada Umno iaitu Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan. Hari ini kita umum Gelang Patah dan Wangsa Maju (dipulangkan kepada MCA)," katanya. - Bernama

3 orang berkata:

Unknown said...

Harap2 dap kalah teruk dlm pru14. Bukan shj di gelang patah bahkan seluruh malaysia.

Unknown said...

Harap2 dap kalah teruk dlm pru14. Bukan shj di gelang patah bahkan seluruh malaysia.

Anonymous said...

Mmg sya pun jangka dap akan kalah teruk di seluruh Malaysia.dn penang akan jatuh balik pada bn, sbb Pas mgkin tak bagi undi pada yg x setuju hukum hudud. Dn pada masa tu Baru igt Sapa Pas. Dan mereka jgn berdiri untuk menang selagi Pas tak bersama.. Kekuatan akan umbi Pas mmbantu kemenangan Dari kalangan pengundi melayu Dari parti terbesar umat islam itu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.