Friday, September 25, 2015
Khalid Ibrahim tegur Pakatan Harapan, tak praktikal Anwar calon PM
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata
keputusan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil kira
tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegur Pakatan Harapan kerana mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya mereka memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, lapor Utusan Malaysia.
Menurut ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, keputusan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri menimbulkan pelbagai isu sekiranya tidak disusuli dengan penelitian terperinci dari sudut undang-undang memandangkan ketua umum PKR itu disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara.
"Perkara itu (keputusan pilih Anwar) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa sidang meja bulat Pakatan Harapan mengumumkan suaminya sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
Katanya, keputusan itu dikekalkan kerana pihaknya percaya Anwar pemimpin paling sesuai menagani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir dan kebajikan rakyat.
Anwar disabitkan bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.
Sementara itu, PAS pula melihat keputusan Pakatan Harapan itu sebagai tidak realistik.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut tidak boleh dianggap konklusif kerana Anwar masih berada di dalam penjara. – 25 September, 2015.

1 orang berkata:
Yang praktikalnya ;antik je khaldi jadi PM habis cerita,kalau tak sampai bila nak habis cerita semua orang buat tak kena,kamu saj dan Pas semua pandai .sudahlah kamu khalid pandai bahagi samarata sesama sendiri harta karun.
Post a Comment