Tidak sertai PR jika ada DAP, Amanah
KOTA BHARU - Pas nekad untuk tidak menyertai pakatan pembangkang baharu sekiranya gabungan itu turut dianggotai Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, meskipun mengakui perlunya kerjasama erat dalam kalangan parti pembangkang untuk menumbangkan BN.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak akan
menjalin kerjasama politik terutama dengan Amanah ekoran tindakan
pemimpinnya yang telah mengkhianati perjuangan parti itu.
“Situasi semasa kini menyebabkan kami tidak dapat bersama-sama (dalam gabungan pembangkang bersama DAP dan Amanah).
“Bagaimanapun setakat ini, Pas masih menjalinkan kerjasama dengan PKR,”
katanya kepada media selepas melawat dan memberi sumbangan kepada
Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah, Tunjong yang musnah dalam kebakaran
beberapa hari lalu, di sini, semalam.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas juga
bersedia untuk bergerak sendirian bagi menghadapi pilihan raya kerana
sudah berpengalaman sebelum ini.
“Kita ada pengalaman bergerak sendirian, soal menang atau kalah
terserah kepada ALLAH SWT. Kita tidak kisah sekiranya terpaksa menentang
DAP dan Amanah (dalam pilihan raya), malah jika kedua-duanya bertanding
di kawasan kita, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru,”
katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi menasihatkan wakil rakyatnya yang
menyertai Amanah atau parti lain agar segera meletakkan jawatan kerana
perkara itu jelas terkandung dalam baiah yang dilafazkan mereka ketika
menjadi calon pada pilihan raya umum lalu.
“Kita bimbang, sekiranya mereka tidak meletak jawatan, mereka akan
mendapat hukuman daripada ALLAH kerana melafazkan sumpah baiah
menggunakan nama ALLAH bukan perkara main-main,” katanya.
Mengulas mengenai penggunaan baiah taklik pada PRU akan datang, Mohd
Amar berkata, ia bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama
sebagaimana sebelum
0 orang berkata:
Post a Comment