Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERBAGAI KONSEP UNDANG-UNDANG

Anina fail permohonan gantung prosiding
Najib, Anina
Dari kini: Anina, Najib.


KUALA LUMPUR - Bekas ahli Umno, Anina Saadudin hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantung pendengaran membatalkan writ saman yang dipohon Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Beliau memohon penggantungan sehingga kes saman yang difailkannya terhadap‎ Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pemecatannya sebagai anggota parti itu, diputuskan.
  
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Anina memberitahu pemberita bahawa mahkamah perlu membuat keputusan mengenai status Anina dalam parti tersebut terlebih dahulu kerana Najib telah mendakwa bahawa Anina tidak mempunyai locus standi semasa memfailkan writ saman.
  
"Alasan utama Najib (dalam permohonan membatalkan writ saman), adalah kononnya Anina tiada locus standi membawa tindakan (saman) ini sebab keahlian Anina sudah dibatalkan.
  
"Jadi biarlah mahkamah yang mendengar permohonan Anina terhadap Tengku Adnan menentukan isu keahlian Anina dahulu sebab Anina sudahpun memfailkan tindakan terhadap Tengku Adnan lebih awal iaitu sebelum Najib membuat permohonan membatalkan saman," katanya.
  
Haniff Khatri berkata mahkamah menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
  
Sementara itu bagi kes saman membabitkan Tengku Adnan, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada Jumaat ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Balan.
  
Pada 1 Oktober, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menggantung kesemua prosiding saman yang difailkan Anina.
  
Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab. Rauf pada 28 Ogos lepas, antaranya bagi menuntut pembayaran RM2.6 bilion (AS$650‎ juta) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik‎ Umno di Singapura.‎ - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.