'Nak menang bukan mudah macam goreng kacang'
KUALA LUMPUR - Ketika arus politik Pas dilihat sedikit goyah mutakhir
ini, Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan tampil mengingatkan seluruh
ahli parti itu bahawa kemenangan bukan semudah menggoreng kacang di atas
kuali leper.
Sebaliknya ujar Nasrudin, kemenangan memerlukan kesungguhan bekerja, keberanian bertindak, kesepakatan dalam membuat keputusan, kebijaksanaan merangka strategi, mengurus pendekatan dan keterbukaan mendengar nasihat.
"Sementelah bagi perjuangan Islam yang digerakkan oleh Pas, kita memerlukan kemenangan dan pastinya kemenangan itu bukan hanya terhenti di gerbang Putrajaya, tetapi menjangkau ruang akhirat sebagai sebuah kemenangan yang hakiki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tanpa merujuk perkaitan dengan mana-mana parti pembangkang, Nasrudin menambah, ahli Pas perlu lebih bersedia dan bersikap lebih optimis untuk memperoleh kemenangan dalam perjuangan,
"Pamerkan kematangan berpolitik di samping pertahankan Izzah (kehebatan dan kemuliaan) perjuangan Islam yang didukung.
"Optimis menggalas risalah yang benar dan bersedia mendepani pelbagai pihak dengan hujah yang jelas," katanya lagi.
Beliau dalam pada itu menasihati seluruh ahli parti supaya tidak leka dan melengahkan usaha mencari kemenangan mengikut prinsip perjuangan Islam.
"Menginsafi bahawa perjuangan Islam ini sering berdepan dengan mehnah atau tribulasi yang sukar ditempuh, maka seluruh anggota parti dinasihatkan banyak bersabar dan tidak cepat melatah dalam membuat keputusan di saat jerebu politik yang semakin tebal.
"Bertenang dan jangan habiskan banyak masa berada diluar jemaah dalam situasi begini.. Sebaliknya disaran supaya kerapkan program usrah, liqa fikri, tamrin di samping menyemarakkan aktiviti penerangan awam," katanya lagi.
Selepas 'putus' dengan DAP, Pas kini bagaimanapun masih menjadi rakan kepada PKR.
Parti itu juga tegas dengan pendiriannya tidak akan sesekali menerima DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama PKR.

1 orang berkata:
Kalau PAS itu agama bawaan Muhammad Rasululah SAW, yes! Tapi malangnya hanya sebuah parti politik yang flip-flop dan matlamat politik yang telalu kabur. Tapi kalau setakat Ulama Nasi Dagang nak tumpang Nasaruddin Pekan - Temerloh naik Vellfire tak jadi masalah dan kalau nak tumpang ke akhirat meniti titian Siratul dengan Vellfire pun tak jadi masalah, kerana agama Islam bagi PASchai adalah lubuk mudah mencari makan dengan hanya menjual kitab dan air liur sahaja dah boleh beli tiket ke syurga.
Post a Comment