SEPATUTNYA ADA USHA UNTUK BERSEMUKA DAN BERHUJAH BERDASARKAN KEPADA PANDANGAN AGAMA, NAMPAKNYA MASING-MASING MENGATAKAN MEREKALAH YANG BENAR, DALAM PERKARA INI DOSA DAN PAHALA WAJIB DIAMBIL KIRA, BUKAN HANYA BERCAKAP MENGIKUT LIDAH YANG TIDAK BERTULANG, DAN TUDUHAN YANG JAHAT, SECARA JELAS MENGIKUT PANDANGAN AGAMA MAKA PAS MASIH BENAR, SEGALA TUDUHAN MASIH KABUR, INGAT ! BERHUJAH MENGIKUT AGAMA KESEPAKATAN YANG IKHLAS BUKAN BERHUJAH ATAS DASAR MAHU KE PUTRA JAYA DAN MENANG -Pak Karamu
Pengkhianatan terbesar, tertubuhnya kerajaan PAS-UMNO di Selangor.
KERJASAMA DENGAN 'PENGKHIANAT'
Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi
malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang
semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak
mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah
Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.
Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai
‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan
turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan
PAS parti sekular dan sebagainya.
Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha
menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya
pada ketika ini.
ISU ‘PENGKHIANAT’
Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung
satu ucapan oleh Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Beliau dilaporkan
berkata bahawa PAS tidak boleh berkerjasama dengan parti Amanah Negara
yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”. Beliau
turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak
lawan, namun tidak dengan pengkhianat.
Video ucapan Presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan
WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi
alasan untuk PAS tidak menyertai PR 2.0. Saya turut menjangkakan bahawa
kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan atas ketidak bersamaan PAS
dalam pembentukan PR 2.0, sedangkan pada hakikatnya Presiden sudah tidak
berminat dengan PR dan lebih berminat untuk berkerjasama dengan ‘pihak
lawan’.
PEMIKIRAN PRESIDEN PAS
Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada
kompromi terhadap ‘pengkhianat’ ini tidak mampu menghalang Presiden PAS
untuk sendiri mengkhianati PR. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali
tetapi berulang kali! Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk
dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri
melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak
mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS ‘dikhianati’,
tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?
Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota
Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada
Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas
desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai
calon PAS. Dan akhirnya calon UMNO/BN menang hasil dari pengkhianatan
PAS! Tidakkah itu satu pengkhianatan? Atau ianya hanya khianat apabila
PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya
bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?
Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota
Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr. Nasir
sebagai manusia yang ‘mempertuhankan Marx’? Sedangkan jumpa dan
berbincang dengan Dr. Nasir sekali pun tidak pernah! Tidakkah itu juga
satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang
kepada kemenangan UMNO/BN dan kekalahan PKR!
Sepertimana juga dengan tuduhan liar ‘pil kuda’ tanpa dibawanya saksi
ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan
PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga
satu pengkhianatan?
Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang
telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk
membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain
‘pengkhianat’ seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa
salah laku. Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur
dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari
PAS! Sedangkan membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS!
Namun apakan daya, apabila dianggap PAS boleh buat sesuka hatinya kerana
ianya PAS kerana hanya PAS yang Islam.
PENGKHIANATAN TERBESAR: TERTUBUHNYA KERAJAAN PAS/UMNO DI SELANGOR
Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah
apabila Presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan UMNO
untuk pertahankan TSKI sebagai MB Selangor semasa krisis MB Selangor
yang lepas. Melalui tindakan beliau, TSKI telah memecat semua exco PKR
dan DAP! Kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah berkuasa di Selangor untuk
tempoh melebihi seminggu!
Akhirnya kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah dijatuhkan apabila 2 ADUN
PAS menyatakan mereka tidak sokong TSKI sebagai MB. Mereka berdua telah
menanda-tangani Surat Akuan Sumpah menyokong DS Wan Azizah sebagai MB
bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.
Kemarahan Presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke
59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “Broker
dan Barua” serta tuduhan 2 ADUN dibeli mengumukakan sebarang bukti mahu
pun saksi. Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi
dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap
PR dan pengundi Selangor.
Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, Presiden PAS telah
menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS
bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain. Ini akan dilakukan setelah
TSKI memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh 6 bulan. Adalah
jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan TSKI sebagai MB untuk
tempoh 6 bulan dan menggantikannya dengan Azmin sekiranya usaha PAS ini
disokong UMNO. Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa 2 ADUN
yang pasti tidak akan sokong). Dan sekiranya dicampur dengan TSKI dan
Azmin bersama 3 lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN. Sedangkan
29 diperlukan untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini
tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh
UMNO yang mempunyai 12 kerusi ADUN!
KESIMPULAN
Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan ‘pengkhianat’ maka sudah
pasti yang pertama tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.
Bagi kami dalam Amanah, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana
menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan
dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap
penyelamat.
Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan Negara?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
1 orang berkata:
Wah ,pandai pula kau komen .selam kau tak nampak ke pihak yangman yang selalu melebelkan kawan sendiri sebagai barua,seklarang pengkhianat pulak ,.jadi siapa sebenarnay ayng memulakan bahasa kurang ajar ni .sial siasat sendiri .
Post a Comment