Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG LAIN JANGAN MASUK CAMPUR

Saman Najib: Biarlah mahkamah yang tentukan
Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Pas menggesa tiada sebarang campur tangan kuasa eksekutif dalam tuntutan saman yang difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Tun Mahathir tidak mempunyai locus standi adalah satu kenyataan yang terlalu awal dan mendahului proses mahkamah.

“Biarlah mahkamah yang menentukan kerana proses yang dipilih oleh Tun Mahathir ialah proses mahkamah.

“Pihak kerajaan tidak perlu gusar sekiranya benar perdana menteri tidak bersalah dalam isu ini. Apa yang lebih penting ialah, rakyat selaku pembayar cukai berhak mengetahui segala apa yang tersirat di sebalik isu RM2.6 bilion ini,” katanya.



Nur Jazlan dilaporkan berkata, Tun Mahathir dan dua individu lagi yang memfailkan saman itu tiada hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan tuntutan saman terhadap Najib.

Semalam, Tun Mahathir dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abud Hassan serta bekas Ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin memfailkan saman berhubung salah laku dalam pentadbiran terhadap Najib.

Menurut Ahmad Fadhli, rakyat sudah semakin celik dan boleh menilai mutu ketelusan kepimpinan yang ada pada hari ini.

“Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk mahkamah menyebelahi Tun Mahathir dalam isu ini, namun saya menaruh harapan yang sangat tinggi kepada rakyat untuk membuat perubahan yang total di dalam pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.