Dimensi dan struktur binaan serpihan sama dengan MH370
SHAH ALAM – Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia
bagi MH370 mengesahkan bahawa dimensi, bahan serta struktur binaan pada
kedua-dua serpihan yang ditemui di Mozambique didapati sama dengan
spesifikasi pesawat Boeing 777.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, menerusi
pemeriksaan dan analisis yang dijalankan, cat dan stensil pada kedua-dua
serpihan itu juga didapati sama dengan pesawat yang digunakan oleh
Malaysia Airlines (MAS)
“Oleh itu, kedua-dua bahagian adalah konsisten dengan panel dari
pesawat MAS Boeing 777 dan hampir pasti dari MH370,” katanya menerusi
kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Serpihan ditemui di Mozambique hampir pasti dari MH370]
Awal bulan ini, dua serpihan ditemui di Mozambique dan proses memeriksa serpihan berkenaan dilakukan di Australia.
Dalam pada itu, Tiong Lai memaklumkan bahawa lokasi penemuan kedua
serpihan itu juga didapati konsisten dengan model lencongan yang
dilakukan oleh Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel
(CSIRO).
Beliau berkata, kedua-dua serpihan yang ditemui tersebut telah
menjalani pemeriksaan dan analisis di Biro Keselamatan Pengangkutan
Australia (ATSB) di Canberra, Australia.
“Pemeriksaan bermula pada 21 Mac lalu dan telah selesai pada 23 Mac.
Analisis pemeriksaan dilakukan oleh pakar antarabangsa dan Pasukan
Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
Annex 13 Malaysia untuk MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Malaysia dan Boeing.
“Pihak terlibat ini juga telah dibantu oleh pakar-pakar dari Geosains
Australia dan Universiti Antarabangsa Australia,” katanya.
Sehubungan itu, Tiong Lai turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan
Mozambique, Afrika Selatan dan pihak berkuasa Australia yang memberi
sokongan padu dalam menjalankan penyiasatan tersebut.
“Kerajaan Malaysia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Johnny
Begue, Blaine Gibson dan Liam Lotter yang mendedahkan mengenai penemuan
mereka tersebut kepada pasukan penyiasat,”katanya.
1 orang berkata:
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Post a Comment