Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

security bertambah gawat ?

Serah kepada polis pantau perhimpunan tertutup esok
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Polis akan memantau perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam esok.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut menyertai perhimpunan itu yang dilihat cuba memburuk-burukan kepimpinan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan melaksanakan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard.

"Saya secara peribadi dan rasmi tidak akan campur tangan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tindakan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmi dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23, di sini, hari ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.