Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG DIAPUN ORANG UMNO


Tindakan Ku Li beri kekuatan tambahan kepada Umno
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah

KUANTAN - Tindakan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani 'Deklarasi Kelantan' yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini disifatkan sebagai kekuatan tambahan kepada Presiden Umno seterusnya kepada parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata,  sokongan daripada Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dianggap sebagai tokoh hebat dalam arena politik negara ini.

Menurutnya,  sokongan daripada tokoh yang telah lama dalam politik yang ada  rekod yang baik dalam Umno amat dialu-alukan.

“Semua sedia maklum bahawa sebelum ini veteran Umno  itu lebih cenderung memihak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad namun dengan menandatangani 'Deklarasi Kelantan' itu ia jelas menunjukkan Tengku Razaleigh sudah berpihak kepada kepimpinan Najib sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas melawat booth jualan sempena Karnival Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Wilayah Timur 2016 di East Coast Mall, hari ini.

Pada 24 Mac lalu, Tengku Razaleigh menandatangani deklarasi itu di hadapan  Najib pada pertemuan Umno Kelantan dengan Najib yang berlangsung di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.


'Deklarasi Kelantan' itu kemudiannya diserahkan kepada Presiden Umno itu oleh Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.