Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rizab antarabangsa BNM

Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM412.3b
Bank Negara lelong wang kertas
Bank Negara

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM412.3 bilion (bersamaan dengan US$96.1 bilion) pada 15 Mac 2016.

BNM dalam satu kenyataan hari ini, berkata paras rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah mata wang asing (US$88.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.2 bilion) dan rizab lain (US$4.7 bilion).

Keseluruhan asetnya berjumlah RM439.156 bilion.

Aset bank pusat itu termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.05 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.16 bilion), tanah dan bangunan (RM2.11 bilion) dan lain-lain aset (RM12.73 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM128.03 bilion), mata wang dalam edaran (RM88.6 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM162.08 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM11.72 bilion), lain-lain deposit (RM554.86 juta), kertas Bank Negara (RM21.26 bilion), peruntukan SDR (RM8.01 bilion) dan liabiliti lain (RM18.81 bilion). - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.