Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ BAKAL DIPECAT ?

Laporan tindakan telah dihantar ke Lembaga Disiplin
Tengku Adnan
Tengku Adnan

PRUTAJAYA - Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berterusan mengkritik Presiden Umno dan bersekongkol dengan pembangkang telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau perlembagaan parti itu perlu, walaupun secara asasnya perbuatan mereka boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat.

"Kita bukan seperti parti politik lain yang membuang ahlinya sesuka hati, Umno mempunyai cara dan peraturan yang perlu diikut seperti termaktub dalam perlembagaan parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini hari ini.

"Oleh itu, tunggulah mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang kerana saya juga menanti apa yang Lembaga Disiplin akan maklumkan kepada kami," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata, secara peribadi beliau berpandangan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya mengisytiharkan diri keluar Umno selepas tidak lagi bersetuju dengan parti itu. 
  
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata pihaknya sedang memantau dan mengawasi perkembangan penyebaran ajaran sesat Millah Abraham@ Ibrahim yang dikesan menular di wilayah itu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata perkembangan tidak sihat itu mula dikesan sejak lapan bulan lepas.

"Apa yang diajar sangat memeningkan tetapi barangkali oleh kerana perkara yang disebut atau diajar itu nampak mudah seperti mudah hendak berkahwin atau mudah untuk bersembahyang, ada pihak mudah terpengaruh," katanya.

Tengku Adnan berkata modus operandi kumpulan itu ialah berpakat sesama pengikut ajaran tersebut dengan menggunakan surau sebagai platform menyebarkan fahaman kepada khalayak.

"Dalam ajarannya mereka didapati mencampuradukkan ajaran Islam dan Kristian," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.