Najib luah rasa kecewa kes seleweng lebih RM100j
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa
kecewanya dengan kes penyelewengan dan ketirisan yang berlaku sejak
beberapa tahun lalu tanpa dikesan sehingga kerajaan kerugian lebih RM100
juta.
Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat kes berkenaan yang
melibatkan pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang kes
penyelewengan dana kerajaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap
mereka yang terbabit," katanya dalam entri terbaharu blog beliau,
najibrazak.com.
[ARTIKEL BERKAITAN: Macam mana kes seleweng RM100j boleh terlepas?]
Najib juga mahu semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memantau
setiap perbelanjaan bajet yang telah diperuntukkan pada tahap ketelusan
dan akauntabiliti yang tertinggi.
Menyentuh mengenai kes rasuah itu, beliau berkata satu siasatan
menyeluruh perlu dijalankan dengan serta-merta dan kes ini akan dirujuk
kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat serta tindakan
undang-undang.
"Jabatan Audit Negara juga akan mengkaji dan memperketatkan lagi
prosedur berkaitan tatacara pengurusan kewangan kerajaan," katanya.
"Saya mahu perkembangan kes ini dipaparkan dalam Auditor General’s
Dashboard di laman web https://agdashboard.audit.gov.my bagi tatapan
umum," katanya.
Najib berkata dashboard itu mula diperkenalkan pada tahun 2013 bagi
memantau tindakan yang telah diambil terhadap kes-kes yang dikenal pasti
bermasalah oleh Jabatan Audit Negara.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Audit Negara juga akan
mengkaji dan memperketatkan lagi prosedur berkaitan tatacara pengurusan
kewangan kerajaan.
Pada Jumaat lepas SPRM menahan seorang setiausaha bahagian di
kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket
menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta. - Bernama
2 orang berkata:
Audit 1mdb apa citer.2x5 sj kalau bkn niat yg iklas suci murni keranaNya mcm pas.jab lagi ada org komen jual togel.apa punya org tak reti bahasa agaknya bloq kuliah agamapun dok tabur togel jugak.tak kira tempat nak main belasah saja.dasar jd ayam togel baru tahu
Di blog pro Umno bila ade orang cuba iklan no.togel cepat2 mereka deletekan....tapi blog kepunyaan penyokong totok Pas Pakkaramu ni...berlumba2 orang mengiklankan no.togelnya......bertambah2 banyak.....
Post a Comment