Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN ADA BULI KAT SEKOLAH


JANGAN ADA BULI KAT SEKOLAH, JANGAN LAYAN BAGAIMANA NAK SELESAIKAN BULI, KEMENTERIAN KENA PAKAI AKAL, NEGARA DAH MAJU MASIH ADA BULI ? TAK KIRALAH SAMA ADA BULI RENGAN ATAU BERAT, BULI INI ADAT ATAU SESUATU YANG MESTI ? JIKA MESTI UNTUK TUJUAN APA ? SUAI KENAL ? ATAU MEMANG SUKA IKUT PERANGAI LANUN ? - Pak Karamu
 
 
Garis panduan kes buli diedar minggu depan
Garis panduan kes buli diedar minggu depan
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika sesi taklimat bersama pegawai-pegawai pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Kementerian Pendidikan akan mengedarkan garis panduan baharu bagi menambah baik pengendalian kes buli dalam kalangan pelajar di semua sekolah di seluruh negara mulai minggu depan.    

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, antara penambahbaikan dalam garis panduan itu melibatkan proses dan tempoh siasatan sesuatu kes bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.    

"Tindakan cepat perlu diambil dan dalam kes buli paling penting adalah siasatan, yang libatkan pelajar sama ada yang kena buli atau dibuli, oleh pengurusan sekolah...adakah melibatkan kes polis atau tidak.    

"Tidak boleh tunggu tubuh satu jawatan kuasa, baru nak ambil tindakan, akan jadi lambat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata kebanyakan kes buli tidak melibatkan polis sebaliknya hanya menjadi kes dalaman yang melibatkan ibu bapa mangsa, pembuli serta pengurusan sekolah.    

"Biasanya kalau kes ringan, selesaikan di peringkat sekolah, kalau tahap dua, tak boleh selesai di sekolah, barulah pergi ke peringkat ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri," katanya.    

Mahdzir berkata, tindakan yang dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah kerana membuli adalah berperingkat iaitu amaran, gantung sekolah dan dipindahkan ke sekolah lain.    

Beliau berkata hukuman berkenaan adalah sebagai pengajaran manakala tindakan lebih serius seperti buang sekolah adalah penyelesaian terakhir bagi pelajar yang terlibat dengan jenayah.

"Buang sekolah ni, kadang-kadang tidak beri peluang kepada pelajar, sebab mereka masih budak, tapi kami tengok tahap (kesalahan) juga, pindah sekolah pun sudah dapat memberi pengajaran kepada mereka," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.