Mahathir, Khairuddin dan Anina saman Najib
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas
Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta bekas
ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah laku
dalam pentadbiran negara.
Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Haniff Khatri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Menerusi penyata tuntutan, Mahathir, Khairuddin dan Anina masing-masing
selaku plaintif pertama hingga ketiga mendakwa defendan, Najib dengan
sengaja menganggu siasatan terhadap dakwaan kewangan berkenaan 1
Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat- syarikat berkaitan.
Plaintif-plaintif mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya
sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan
salah laku berkenaan.
0 orang berkata:
Post a Comment