Gagal dapat sokongan punca Ku Li berpaling tadah
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Kegagalan veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah
untuk meraih sokongan ahli Parlimen BN kepada usul undi tidak percaya
yang digerakkannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak antara faktor
tindakan terbarunya yang berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Perkara itu didedahkan oleh Mahathir sambil mendakwa Tengku Razaleigh
merupakan pemimpin Umno yang bertanggungjawab mencaturkan usaha untuk
menjatuhkan Najib dari dalam parti itu menerusi undi tidak percaya.
“Barangkali dia sudah tukar pendirian, (sebelum ini) dia datang jumpa
saya, dia kata boleh jatuh Perdana Menteri dengan undi tidak percaya.
Lepas itu dia edar deklarasi undi tidak percaya dalam kalangan wakil
rakyat (BN). Walaupun dia kata boleh dapat majoriti, (namun) dia tak
dapat (sokongan).
“Dia pun tak buat apa, dia suruh orang lain buat. Dia suruh saya jumpa
dengan orang Sarawak, saya pun pergi la ikut arahan, jadi akhirnya dia
yang cadang nak bagi jatuh Najib, sekarang ini dia sokong Najib,”
katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari
ini.
Mahathir juga menyifatkan pengkhianatan bekas rakan seangkatannya itu
bukan sesuatu yang mengejutkan malah ia pernah dilakukan Ahli Parlimen
Gua Musang itu sehingga menyebabkan Umno diharamkan.
“Saya sudah banyak kali dikhianati oleh dia, kita tahu bila dia kalah
dalam pilihan raya, dia saman parti dan bawa ke mahkamah, kemudian
mahkamah isytiharkan parti (Umno) haram.
“Saya terpaksa luangkan banyak masa untuk bina semula parti. Dia tidak
sertai (bina semula Umno) tapi dia tubuhkan Semangat 46,” katanya.
Beliau mengulas tindakan Tengku Razaleigh pada Khamis lalu yang
menandatangani Deklarasi Kelantan untuk menyokong kepimpinan Najib
sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa
yang menyaksikan perkara itu dalam satu pertemuan diadakan dengan
Perdana Menteri bersama para pemimpin Kelantan berhubung isu rakyat dan
pembangunan negeri itu.
Mahathir turut tidak mempersoalkan tindakan Tengku Razaleigh itu
menyokong kepimpinan Najib kerana itu adalah hak ahli politik veteran
Umno itu, namun beliau tidak sesekali menyokong pemimpin yang memiliki
kekayaan diperolehi secara mencurigakan.
“Saya punya pendapat, orang bagi hilang RM42 bilion, yang ada duit
RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi, saya tak sokong orang macam itu.
“Tapi Tengku Razaleigh sokong orang yang hilangkan duit itu (sebagai) perkara baik, itu hak dia,” ujarnya.
2 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment