Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Semua RM400 juta ini masuk ke kantung kerajaan negeri,

Kelantan antara negeri terima peruntukan tertinggi
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta diperuntukkan kepada Kelantan tahun lalu, menjadikan negeri tersebut antara penerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan kepada agensi-agensi negeri, wang ihsan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Semua RM400 juta ini masuk ke kantung kerajaan negeri, hakikatnya bantuan untuk Kelantan antara yang tertinggi kita beri walaupun Kelantan bukan di bawah Barisan Nasional," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) yang ingin tahu sama ada keseluruhan peruntukan RM400 juta kepada Kelantan hanya untuk kerajaan negeri atau termasuk untuk agensi-agensi lain.

Terdahulu, menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkenaan kesediaan kerajaan memberi peruntukan kepada Kelantan bagi melaksanan program 'Dapur Hijau' untuk menggalakkan penduduk bercucuk tanam, Najib berkata kerajaan sentiasa menggalakkan sebarang usaha bagi membantu rakyat.

"Kita beri untuk tahun 2015 kesemuanya ialah RM400 juta, bukan sikit. Kita harap daripada RM400 juta ini terpulang kepada kerajaan negeri nak agih-agihkan untuk buat program bantu rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) sama ada penilaian kos sara hidup di negara ini disandarkan pada standard kehidupan yang bersesuaian, Najib berkata satu daripada punca utama tekanan kos sara hidup adalah taraf pendidikan sebahagian besar rakyat yang masih rendah.

"Maknanya kalau kita setakat ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja, tiada lagi sarjana, tiada diploma serta tiada kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapat pekerjaan yang memberi pendapatan yang baik.

"Jadi kita mesti tanam dalam minda rakyat supaya cari kelulusan yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan asal Nik Mohamad Abduh berkenaan langkah kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi, Najib berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya antara inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 bagi Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping penetapan gaji minimum kakitangan awam sebanyak RM1,200 mulai Julai tahun ini. 

Katanya kerajaan juga memberi insentif pelepasan cukai individu dan pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menambah pendapatan boleh guna rakyat.

"Pendekatan kerajaan yang bersifat holistik, jangka pendek dan jangka panjang ini secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi negara dan menyumbang kepada pembentukan struktur sosial negara yang lebih kondusif dan progresif," katanya. - Bernama

13 orang berkata:

Anonymous said...

Negeri hutang paling banyak pun Kelantan jugak.

Takbirr!!

Anonymous said...

Pulau pinang negeri ekonomi hebat mcm singapore tp kg melayu semakin hilang mcm singapore juga.tnh utk rakyatpun blh jd banglo mewah hanga murah hanya utk lge sj.pemakan dedak spt diatas mcm biasa mng sorak kg tergadai

Unknown said...

Setuju..

Anonymous said...

Bodoh cerita tanah melayu di pp bukan hal yg baru.Bepuluh tahun digadaikan kerajaan bn masa memerintah pp. Dedak tu simpan sikit utk sarapan esok!

Anonymous said...

Yg gadaikan tanah2 melayu Penang tu ialah dari parti penyamun yg sedondon pink dgn tuang presideng kaki ponteng hamPAS.

Tuang presideng jd penasihat ketua penyamun. Lagi senang nak menyamun nnt disokong walaun2 tolol yg bersubahat.

Takbirrr!!!

Hamba Allah said...

Woi anjing dap...kalau kelantan hutang byk pn xdak masalah sbb tanah depa terjamin kerajaan negeri xrembat..sama ja bn dgn dap ni sbb dok rembat tanah org melayu sikit pn xdak beza..dkt penang tanah utk buat rumah org miskin pn kerajaan negeri rembat..bab pink dgn ponteng parlimen lari tajuk sgt sedara..klo bleh komen la yg bnda2 yg sepatutnya..mkn dedak tu jgn gelojoh sgt nnti tercekik

Anonymous said...

Walaun tolol penjual agama 4:07. Dedak 2.6b dah mula sampai ke Kelantan utk dikongsi bersama parti lebai malang hamPAS. Tak lama lg tanah org melayu miskin di sana pun habis tergadai bila lebai2 malang berkawan dgn ketua parti penyamun.

Hutan balak pun habis ditarah secara haram oleh kerajaan parti penjual agama.

KAH KAH KAH!!

Hamba Allah said...

Tak lama lg????setahu aku PAS dh lama perintah kelantan dan tak pernah pulak dgr mb kelantan & kerajaan negeri ambk tanah rakyat...lain la di penang yg km dan kerajaan negeri dok ambk tanah rakyat..

Anonymous said...

Pas di bwh pimpinan TGNA segalanya terkawal. Sejak ketiadaan Nik Aziz, lebai2 malang hamPAS termasuk presideng kaki ponteng putarbelit dah mesra umno(parti penyamun) tak lama lg lah tuu..nak kena samun. Biasalah..dah terhutang budi dgn ketua penyamun kenalah ada timbal balasnya.

Mangsa banjir besar kelantan akibat pembalakan haram kerajaan lebai malang hampir setahun duduk dlm khemah..tunggakan gaji guru agama yik puluhan juta rgt.

Skrg bantuan dedak 2.6b dah dpt bolehlah dpt rumah banglo..bayar segala hutang piutang. Maklum ler..negeri paling tinggi hutangnya dln msia. kah kah kah!!

Hamba Allah said...

Alhamdulillah setakat hari ni mb kelantan yg dipilih TGNA berjaya perintah kelantan...berkenaan gaji guru yik dan mangsa banjir lebih baik tuan berhubung dgn kerajaan negeri utk dapatkn kepastian sbb klo terangkan bnda yg betul pd anjing dap tetap xkan paham maklum la anak didik parti komunis kan!!!!nk tanya sikit ni...skrg ni parti mana yg berjinak2 dan keluar statement nk bersatu dgn umno yer...klo ada statement dari PAS tlg bg bukti sekali...#anjingdapsalakbukit

Anonymous said...

Walaun tolol dah lupa ke yg ibaratkan mrk sbg anjing salak bukit tu ialah tok ketua kaki ponteng putarbelit PASIK.

#anjingPASIKmunafikpenjualagama

Anonymous said...

klntan bukan negeri paling bnyk hutang...semak dgn pihak brkenaan.

Anonymous said...

PERBEZAAN HUTANG NEGERI KERAJAAN KAFIR DAP DGN KERAJAAN ISLAM PAS.

Kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara memiliki hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM16.8 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), negeri yang mempunyai jumlah hutang yang paling banyak ialah Pahang RM2.9 bilion, Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion dan Kedah RM2.3 bilion.

Pulau Pinang pula mempunyai jumlah hutang paling sikit iaitu RM69.3 juta, diikuti Johor RM249 juta dan Perlis RM373.2 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman itu diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek.

"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015.

Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.032 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion.

Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.