33 orang tarik diri tunai haji sebab persepsi
BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom mendedahkan terdapat 33 orang pendeposit Tabung Haji (TH)
menarik diri daripada giliran menunaikan haji kerana percaya dengan
persepsi tidak benar terhadap institusi itu.
Menurut beliau, empat daripadanya hanya perlu menunggu dalam lingkungan empat tahun sebelum dapat menunaikan haji.
"Ada yang tarik diri kerana dia yakin TH tak mampu untuk tampung dia pergi haji. Malah ada yang nak minta duit kembali.
"Sedangkan saya dimaklumkan oleh TH, kena tunggu 82 tahun untuk pergi
haji kalau daftar sekarang. Jadi inilah persepsi dan keganasannya,"
katanya ketika menjadi ahli panel dalam Bicara Persada bertajuk
Keganasan Persepsi: Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah di Universiti
Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut beliau, TH telah menjadi mangsa persepsi dan fitnah sehingga menjejaskan kepercayaan pendepositnya.
"Dalam kess TH telah dibina satu persepsi kononnya TH berdepan masalah
kewangan yang meruncing. Aset TH dikatakan tidak cukup untuk bayar
pendeposit.
"Akhirnya masyarakat percaya sehingga ada yang tanya kepada saya kenapa
tak jelaskan. Minggu depan saya akan buat pengumuman untuk buktikan
kita punyai keuntungan lebih RM60 bilion," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment