Jabatan Pendidikan Selangor diarah ambil tindakan
BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diarah mengambil
tindakan lanjut susulan siasatan polis mendapati tiadanya unsur buli
dalam insiden seorang murid Tahun Dua mendakwa dipaksa memotong lidahnya
pada 24 Mac lepas.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian
menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan
sewajarnya sama ada memanggil guru besar dan ibu bapa murid itu.
"...kita fikir ada orang yang buli murid, sebab itu kita nak ambil
tindakan. Tetapi, sekarang (kita dimaklumkan) dia buat (potong lidahnya)
sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sekolah
Bebas Dadah Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mengkuang di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat
bahawa siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit
tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan gunting tajam itu
yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.
Sehubungan itu, katanya, kes itu dianggap selesai kerana murid
berkenaan bukannya dibuli sebaliknya mengalami kecederaan itu akibat
kecuaian sendiri.
Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengetatkan penggunaan
alat tajam di sekolah, Mahdzir berkata perkara itu tidak perlu dijadikan
sebagai pekeliling namun, pihak sekolah perlu sentiasa menjaga dan
memantau keselamatan murid-murid.
"Sekolah kena tengok keselamatan...kenapa murid bawa gunting ke
sekolah. Kalau tak perlu, kita jangan benarkan murid bawa ke sekolah,"
katanya.
Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid Tahun Tiga dari sekolah sama.
Akibat kejadian itu, lidah mangsa terputus sedikit di bahagian hujungnya dan terpaksa dijahit. - Bernama
3 orang berkata:
nice and perfect
terima kasih informasinya. semoga sukses terus ya ?
Acquista ora Orologi Replica automatici di marca duplicati perfetti per il miglior prezzo sul sito Web di Perfect Watches. Spedizione in tutto il mondo disponibile.
Post a Comment