Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK SAMPAI KEMANA ?

Majlis Raja-Raja tidak terpengaruh gerakan Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUANTAN - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Sharkar berkata, ahli majlis berkenaan juga sudah semestinya terdiri daripada mereka yang menghormati keputusan pilihan raya lalu dengan rakyat memberi kepercayaan kepada Najib untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.  

"Apa yang Tun M lakukan boleh dianggap sebagai the last resort (jalan terakhir)... bersekongkol dengan pembangkang. Apa sahaja jawapan yang kita beri pada dia, memang tak akan memuaskan hati kerana apa yang dia mahu ialah Najib berhenti," katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita pada majlis santai bersama pengamal media di sini, hari ini.  

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan seorang Perdana Menteri.

Mohd Sharkar yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh turut menyifatkan gerakan menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana rakyat Malaysia dapat menilai kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dalam keadaan ekonomi dunia yang serba mencabar.

"Rakyat kita bukan seperti di negara lain di Timur Tengah. Kita tidak begitu emosi. Kita masih ada kemudahan asas yang selesa walaupun ada sedikit kesusahan akibat kesan ekonomi global. Tapi kita masih bertahan," katanya.

Ditanya sama ada MT sepatutnya menyegerakan tindakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut aktif dalam gesaan menyingkirkan Najib, Mohd Sharkar berpandangan perkara itu tidak membawa banyak perbezaan.   

"Sama ada ambil tindakan atau tidak, mereka akan terus begitu kerana ada agenda sendiri. Cuma kita harap bila tindakan diambil, ahli Umno akan faham," katanya. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Sekurang2nya ada usaha dari pihak2 yg tak mahu bersubahat dgn KERAjaan penyamun, zalim menindas rakyat marhaen.

Bkn mcm ketua parti penjual agama yg mahu jd penasihat ketua penyamun. Duduk bersantai tanpa buat apa2 tunggu elaun MP.

Unknown said...

KUDA tunggangan TM dan DAP nak lawan KERAjaan. Semoga berjaya..

Anonymous said...

TAKBIRR!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.