Angka korban serangan Brussels meningkat 31 orang
BRUSSELS - BELGIUM. Jumlah angka korban dalam dua serangan bom di pusat bandar ini dilaporkan meningkat kepada 31 orang.
Difahamkan, dua letupan telah berlaku di Lapangan Terbang Zaventem menyebabkan kematian seramai 11 orang cedera dan 81 lagi dilaporkan cedera.
Sementara itu, 20 lagi dikatakan maut dalam satu lagi letupan yangberlaku di stesen Metro Maelbeek.
Keadaan ini meletakkan negara itu dalam keadaan ancaman keselamatan pada tahap tertinggi.
Perdana Menterinya, Charles Michel menyifatkan serangan ini sebagai, ganas dan pengecut.
"Ini adalah hari tragedi, hari hitam...saya ingin menyeru kepada semua orang untuk menunjukkan ketenangan dan perpaduan," katanya yang dipetik BBC.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat berkata, ia satu tindakan yang keterlaluan terhadap mereka yang tidak bersalah.

0 orang berkata:
Post a Comment