Pelajar melecur akibat dibuli senior guna seterika
JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama di
sini melecur dibahagian perut selepas ditekap seterika oleh pelajar
senior di sekolah sama Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor berkata,
insiden pada Ahad lalu sekitar jam 11 malam ketika mangsa bersama 4 lagi
rakannya termasuk senior berkenaan berada di sebuah bilik di asrama
itu.
"Mereka berada di bilik tersebut untuk memotong rambut namun berlaku
pertengkaran mulut antara mangsa dengan pelajar senior berusia 15 tahun
itu.
"Pelajar senior itu dipercayai bertindak menolak mangsa sehingga
terkena seterika dalam bilik berkenaan, lalu terkena siku mangsa.
"Mangsa memberitahu bahawa seterika itu panas, walau bagaimana pun
pelajar senior itu mendakwa mangsa menipu dan bertindak meletakkan
seterika itu di bahagian perut mangsa sehingga melecur,"katanya selepas
mengesahkan laporan berkenaan, hari ini.
Noorzainy berkata, walau bagaimanapun mangsa telah dibawa mendapatkan
rawatan susulan di klinik oleh pihak sekolah namun dibawa semula ke
klinik berdekatan pada keesokan harinya dan mendapat surat cuti sakit
selama tiga hari.
"Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu mengambil keputusan untuk
berbincang mengenainya dengan pihak sekolah yang mana pihak sekolah
mencadangkan agar pelajar senior itu dimeritnya dipotong.
"Namun keputusan itu tidak dipersetujui keluarga mangsa lalu membuat
laporan polis pada jam 5.43 kelmarin yang mana polis membuka siasatan di
bawah Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan beberapa
tindakan telah diambil bagi melengkapkan siasatan," katanya.
3 orang berkata:
Byk kes buli budak darjah tigapun dah buli org.buang sekolah sebagai pengajaran.buli lg masuk ke hendry gurney.pergi sek utk belajar bkn nak jd kurang ajar cederakan org sesuka hati.guru guru tolong pantau.budak pembuli ini mmg licik n menyakitkan hati.ibu bapa juga bg pencerahan pd anak ttg buli jika ada buli lapor segera atau tukar sek.tolonglah jgn jdkan sek tempat jenayah.
Bapak jaga skit perangai anak! Jgn tau buat anak shj!
Umak bapaknya sibuk kutib dermalah cari duit dpt duit sumber tak berkat anak jd kaki buli negara nak jd huru hara.ini kes kementerian berkenaan sama persatuan ibu bapa duduk semeja bincang penyelesaian.rakan pelajar dikatakan sebagai rakan kaunseling perlu diperkasa main peranan jd mata mata detektif tolong guru jaga murid murid lain buat amal sementara belajar.lg pegawas n yg seumpamanya sila kawal sedia keadaan sekolah sekolah kita keselamatan kita bersama.hapuskan pembuli
Post a Comment