Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH MUSIM MERAMPAS PULAK ?

MS181 Egyptair: Tiada rakyat Malaysia terlibat
Egyptair
Egyptair

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti menjadi penumpang atau anak kapal Penerbangan MS181 EgyptAir, yang dirampas awal hari ini. 

Jurucakap Kementerian Luar Malaysia berkata perkara itu disahkan melalui pemeriksaan terhadap daftar muatan pesawat berkenaan.

"Menurut daftar muatan penerbangan, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti setakat ini," katanya apabila dihubungi.

Pesawat Airbus MS181 itu dirampas ketika dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kaherah.
Pesawat yang membawa 81 penumpang dan anak kapal itu dipaksa melencong ke Lapangan Terbang Larnaca di pantai selatan Cyprus.

Menurut kenyataan rasmi EgyptAir, seorang daripada penumpang, yang memakai tali pinggang bunuh diri, mengancam pegawai pemerintah, hanya dikenali sebagai 'Pilot Omar', dan memintanya melencongkan pesawat itu ke Cyprus.

Sementara itu, dalam tweet terbarunya, syarikat penerbangan berkenaan berkata rundingan dengan perampas membawa kepada pembebasan semua penumpang, kecuali anak kapal dan empat rakyat asing. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.