Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSURAI DALAM TEMPOH 15 MINIT

Pemandu teksi mogok, KL sesak
Pemandu teksi mogok, KL sesak
Gambar yang tersebar di media sosial.

KUALA LUMPUR - Seramai lima lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika menyuraikan sekumpulan pemandu teksi yang dipercayai melancarkan mogok berhampiran sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang kerana membantah perkhidmatan Grab Car dan Uber, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya turut menyita dua teksi kerana menghalang lalu lintas.

“Sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC pada jam 10 pagi, sebelum mereka berarak ke Jalan Bukit Bintang.

“Kita mendapati sebanyak 50 hingga 70 teksi berkumpul di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Bukit Bintang pada jam 10.20 pagi,” katanya.

Beliau berkata, Jalan Bukit Bintang mulai sesak pada jam 10.30 pagi kerana pemandu teksi memberhentikan kenderaan mereka.

“Hanya satu lorong boleh dilalui, semua jalan masuk ke Jalan Bukit Bintang terpaksa dilencongkan oleh polis trafik bagi mengelakkan orang ramai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” katanya.

Zainol berkata, timbalannya Superitenden Habibi Majinji cuba beruding dengan wakil kumpulan pemandu teksi itu, namun gagal.

“Pada jam 11.45 pagi, kita telah memberikan arahan untuk mereka bersurai dalam tempoh 15 minit atau tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka,” katanya.

Pada jam 12.30 tengah hari, Jalan Bukit Bintang dibuka semula dan keadaan kembali tenang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.