SEBAIKNYA KU LI BERDIAM DIRI DAHULU, DIA TAK PERLU ULAS SEBARANG KERENAH - Pak Karamu
Akuan bersumpah: Saya tak tahu, kata Ku Li
KUALA LUMPUR - Pemimpin Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah
memaklumkan bahawa pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pengedaran akuan
bersumpah (SD) bagi menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Menurut Tengku Razaleigh, pihaknya hanya menyedari mengenai hal
tersebut selepas dokumen berkenaan dimuat naik ke laman sosial Facebook
semalam.
"Saya hanya sedar lepas dokumen itu dimuat naik dalam Facebook.
"Dokumen itu seolah-olah seperti memetik nama saya untuk menjadi
perdana menteri namun ia tidak dinyatakan individu tersebut adalah
saya," katanya ketika sidang media yang berlangsung hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong melalui laman sosial
Facebook beliau telah memuat naik surat akuan bersumpah tersebut.
Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai tindakan
bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang
mengkritik kepimpinan kerajaan, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa
beliau tidak boleh prejudis dan menghukum orang secara sesuka hati.
"Saya mesti adil kepada semua pihak dan saya sendiri tidak boleh
menghukum beliau (Muhyiddin) kerana saya tak ada fakta mengenai
tindakannya itu.
"Sebelum ini, kita terima dia sebagai Timbalan Presiden namun oleh
sebab sesuatu hal kita suspend dia dan saya rasa itu adalah wajar kerana
dia dipilih oleh orang ramai dalam sebuah parti yang sah," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment