Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS-Ikatan


Kerjasama PAS-Ikatan peluang baik untuk rakyat


PERKEMBANGAN yang tercipta dalam perjuangan PAS sekarang sehingga membawa kepada penubuhan blok politik ketiga dan termeterainya kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)sememangnya cukup baik untuk rakyat.

PAS selaku parti Islam sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak ke arah kebaikan, dengan syarat pihak-pihak terbabit menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini.

Bagaimana pandangan Majlis Syura Ulama berhubung perkara ini. Wartawan Harakah, NUR HASMIRA MOHAMAD dan SUFI NAZ berusaha mendapatkan pandangan Mursyidul Am PAS yang juga Ketua Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr Haron Din berhubung perkara ini.

Ikuti temubual yang diadakan di rumah beliau di Bangi, Selangor pada 17 Mac lalu. Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH.

HARAKAH: Apakah kerjasama antara PAS dan parti Ikatan adalah atas kehendak Majlis Syura?

DATO’ DR HARON DIN: Apa yang diuar-uarkan dalam media perdana bahawasanya PAS akan mengadakan satu blok baru pakatan pembangkang yang akhirnya telah menjadi realiti pada 16 Mac lalu. PAS dengan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) telah bersetuju untuk mengadakan satu blok yang diistilahkan sebagai blok pembangkang.

Hal ini tidaklah menjadi sesuatu yang dikatakan ganjil kerana bagi parti politik mana pun dari awal lagi kita faham bahawa Umno telah mengadakan pakatan kepartiannya yang namanya Barisan Nasional (BN) yang mengandungi begitu banyak parti.

PAS sewaktu ketika dulu pernah masuk dalam pakatan dengan pihak Umno dan BN. Kita telah terkeluar, lepas itu kita masuk balik dalam pakatan yang kita panggil Pakatan Rakyat (PR) dengan parti KeADILan (PKR) dan DAP.

Pakatan itu tidak lagi teraksi dan mempunyai hala tuju yang berlainan dan akhirnya menjadi kenyataan setelah kita yang keluar daripada pakatan itu maka tidaklah ini suatu perkara yang pelik dan menghairankan.

Kalau PAS berjaya memulakan suatu permuafakatan politik, peluang politik baru dengan mengadakan suatu persetujuan dengan parti Ikatan sebagai suatu blok baru pembangkang.

Ini berlaku dalam politik adalah perkara yang agak lumrah, kalau kita cakap dalam Bahasa Melayu lama, nak tahu bagaimana baiknya seseorang itu, kita perlu tanya kawannya. Nak tanya buruknya seseorang itu perlu tanya musuhnya.

Adakah penubuhan blok baru pakatan pembangkang ini memberi kesan kepada parti lain?

DAP telah menjadi musuh politik dengan PAS. Ini bukan masa sekarang, hatta ketika kita masih bersama dengan mereka pun kita dilihat sebagai musuh.

Komen dia yang tidak menyenangkan kita, komen presidennya yang berlebih-lebihan yang akhirnya kita faham.

Tapi sekarang ini pula dia melihatkan kita ada sedikit gerakan baru yang boleh dibaca melalui bacaan politik sebagai permulaan yang bukan akan terhenti dengan Ikatan sahaja, malah dengan siapa sahaja yang boleh terima pelawaankita ataupun tajaan kita bagi nak menubuhkan permuafakatan politik yang lebih besar, kita akan buat.

Mungkin dilihat oleh DAP ini sesuatu yang mungkin boleh mengancam kesatuan mereka, maka tidak hairanlah timbul komen-komen yang negatif.

Jadi, selama-lamanya begitu. Maka saya katakan kita sepatutnya akan melihat bahawa buat baik itu tetaplah baik pada kita walaupun dilihat tidak baik kepada musuh kerana musuh selama-lamanya akan melihatkan yang baik itu buruk dan yang buruk itu bertambah-tambah buruk kalau ada keburukan.  Pada pandangan saya, ini adalah lumrah politik di Malaysia.

Apakah harapan Majlis Syura terhadap kerjasama PAS dan Ikatan?

Syura sentiasa memberi ruang dan galakan kepada PAS Pusat, khasnya kepimpinan Tuan Guru Presiden supaya meneroka dan melihat kepada peluang-peluang yang lebih menjanjikan kemenangan kepada Islam. Apa sahaja ruang yang ada yang boleh kita eksploitasikan bagi faedah Islam dan rakyat serta negara maka kita memberi laluan yang begitu mudah.

Kita tidak menolak ukhuwah Islamiyah. Apa keadaan pun, itu dasar Islam. Kerjasama, kita tidak menolak kerana ia merupakan satu daripada asas maka tidak ada sebarang sebab yang tidak membolehkan PAS bekerjasama dengan parti lain-lain yang sekarang ini bermula dengan parti Ikatan.
Terdapat tuduhan daripada pihak tertentu yang mengatakan Dato’ sebagai lebih memihak kepada Umno, tambah-tambah lagi dengan perlantikan Dato’ sebagai ketua kluster dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI), apa komen Dato’ tentang dakwaan tersebut?

Dakwaan, kadang-kadang tuduhan, boleh berlaku dalam politik ini pada bila-bila masa. Dengan tidak membuat apaapa pun boleh mendatangkan dakwaan yang negatif.

Membuat sesuatu pada PAS khasnya di atas garis panduan yang telah ada pada kita iaitu asasnya kita nak melaksanakan tuntutan Allah kepada manusia sebagai hamba dan khalifah untuk memartabatkan agamanya.

Apa saja ruang yang boleh kita gunakan untuk tujuan memartabatkan agama yang tidak berlawanan dengan kehendak syarak sebab PAS berpegangan dengan prinsip tersebut, PAS akan terus meneroka, terus memberi bantuan dan sokongan walaupun dilihat ataupun dibaca oleh orangorang yang tidak sehaluan dengan kita ini dengan bacaan semuanya negatif.

Kalau Nabi Muhammad s.a.w. berjuang yang benar pun dikatakan gila, dikatakan sihir. Kalau alQuran yang begitu jelas mukjizat yang dicabar manusia dikatakan bukanmukjizat, malah disuruh ciptakan satu surah daripada al-Quran pun tidak boleh namun masih juga mereka tuduh al-Quran itu ialah buku cerita dongeng.

Dihujahkan balik bagaimana datangnya cerita dongeng, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun tidak boleh menulis dan membaca maka ada alasan, ceritacerita dongeng yang dia suruh orang tolong tulis untuk dia.

Sampai begitu jelas pun mereka cabar Nabi supaya membelah bulan di langit satu perkara yang pada akal manusia adalah perkara mustahil, tapi apa yang mereka cabar itu dengan mukjizat Nabi kita telah berjaya membelah bulan.

Tapi itu pun dikatakan oleh orang kafir sebagai sihir yang sungguh melampau berlaku. Al-Quran merakamkan, mereka minta Nabi belah bulan, Nabi pun belah bulan dan bila berlaku kejadian belah bulan, mereka kata ini tidak lain ialah sihir yang sambungmenyambung.

Kalau begitu jelas benda baik yang tidak langsung boleh dikatakan sebagai sihir kerana kalau sihir tidak mungkin boleh berlaku bulan di langit terbelah dua.

Atas sebab itulah yang saya katakan tadi itu, di atas pandangan yang tidak wajar dan tidak elok saya sebagai Mursyidul Am PAS memegang jawatan sebagai Pengerusi Kluster Dakwah walaupun dakwah itu sebenarnya sangat sinonim dengan perjuangan kita.

Kalau itu kita lihat boleh sebagai benda yang berlaku dalam sejarah, apalah sangat saya berada di bawah seorang Perdana Menteri Islam yang saya pegang sebagai kluster dakwah yang selama ini itulah yang telah diperjuangkan oleh kita.

Pada saya, tidaklah kisah sangat dengan komen yang ada itu, tetapi saya katakan kalau azam itu baik dan perkara itu nampak berfaedah serta berguna kepada Islam maka bertawakal dan serahlah dan buatlah dengan demi mendapat keredaan Allah Taala.

Kesan penubuhan blok baru pembangkang bersama parti Ikatan menyebabkan ada segelintir berpandangan PAS mula dilihat membelakangkan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan oleh PAS. Apa pandangan Dato’?

Muzik musuh, bermaksud musuh Islam ada di zaman Adam lagi sampailah hari kiamat. Musuh ini dia akan hanya melihat keburukan itu yang didahulukan. Macam nawaitu itu pun sudah tidak baik.

Bagi kita dalam perjuangan politik ini kita letak daripada mula lagi iaitu meletakkan Islam itu adalah dasar perjuangan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang selama ini kita pegang. Dalam kontek itu, hudud itu satu daripada perjuangan PAS. Kita nak membina ummah dan negara dengan meletakkan asas nak bawa ke mana negara ini?

Rakyat Malaysia yang sebegini ramai, kita nak bawa ke mana kalau kita sebagai seorang pemimpin. Nak kata negara yang berkhidmat kepada Islam pun tidak, berkhidmat kepada bangsa Melayu pun tidak, kepada kebaikan orang Melayu pun tidak.

Akhirnya, kita bawa kepada perpecahan dan kemusnahan yang sedang di ambang pintu kita sekarang ini. Okey, PAS tidak pernah berubah. Kita telah banyak bercakap apa pun, bercakap agenda bangsa. Kita ada agenda Islam, ekonomi Islam, pendidikan Islam dan hudud ini adalah salah satu yang daripada awal kempen pilihan raya pertama lagi kita dah sebut dah nak laksanakan hudud.

6 orang berkata:

Anonymous said...

PASIK munafik penjual agama menipu ahli dan orang meLAYU.

Anonymous said...

Soalajn.adakah kerjasama antara pas dengan ikatan atas kehendak majlis suyura? jawapan yang beri terlalu panjang dan jawapan untuk solan tersebut langsung tak kena,haron lupa solan ke? sudahlaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

Kerjasama Pas dan Ikatan untuk kebaiakn rakyat.wi nak muntah ni.

Unknown said...

Kan TGHD kata tak pelik ..zaman Rasulullah pun org boleh dakwa gila.. inikan plk zaman sekarang.. malah tak pelik lah juga jika ada org yg mendewa2kan pemimpin kafir lebih dari ulamak sendiri hatta UAA sendiri..

Anonymous said...

Iklan no.togel lebih panjang dari komen2 politik.....kesimpulan nya blog ni keutamaan nya ialah mengajak orang buat maksiat (tikam ekor) ....Blog parti islam konon......

Unknown said...

vibram fivefingers
nike air zoom
nike dunks
yeezy boost 350
lacoste online shop
yeezy boost 350
pandora jewelry
reebok outlet
true religion outlet
michael kors outlet online

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.