'Saya ada hak tandatangan Deklarasi Kelantan'
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah
memaklumkan bahawa beliau mempunyai hak untuk menandatangani Deklarasi
Kelantan yang dilancarkan pada Khamis lalu.
Menurut beliau, dokumen berkenaan merupakan dokumen biasa yang
dihasilkan oleh mana-mana persatuan atau parti politik di negara ini.
"Sebenarnya saya tidak pernah berada dalam mana-mana gerakan yang boleh
menyalahkan saya ekoran daripada menandatangani deklarasi itu. Saya
sebagai ahli Umno, jadi saya ada hak utk tanda tangan," katanya ketika
sidang media yang berlangsung di sini, hari ini.
Khamis lalu, Tengku Razaleigh bersama beberapa pemimpin Umno dan BN
Kelantan menandatangani satu deklarasi bagi menyatakan sokongan terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, menjawab dakwaan yang mengatakan beliau merupakan
seorang yang berpaling tadah, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa
pihaknya hadir ke majlis akuan sumpah sebelum ini adalah disebabkan oleh
mendapat jemputan daripada Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.
"Saya dijemput dan sanggup hadir kerana saya tidak bersetuju dengan
tindakan kerajaan menahan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan,
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.
"Jadi yang lain-lain saya tak ada bagi sokongan dan tak bersetuju dengan tindakan mereka," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment