Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAK PUNYA RAKYAT NANTI KITA HALAU ATAU BUANG LAUT, ADA FAH?

20 September, 2011


Panas!! Rakyat Malaysia Godam Laman Web PM Bangladesh

Selepas laman web yang memaparkan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di sini mendapat taraf kerakyatan dengan mudah, wujud dakwaan ia sebenarnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ucapan Sheikh Hasina daripada laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pejabat Perdana Menteri itu digodam oleh individu yang mendakwa dirinya rakyat Malaysia dan dikenali sebagai M33H00N, seperti yang disiarkan dalam sebuah blog tempatan “Dr MiM”.


Penggodam tersebut juga telah meninggalkan mesej mengkritik kedatangan Sheikh Hasina ke Malaysia. “Sebagai Perdana Menteri, anda sepatutnya mengajar rakyat anda supaya menyayangi negara sendiri dan buat sesuatu demi Bangladesh. “Saya tak kisah kalau hendak tarik aliran wang kami keluar dengan bekerja di sini tetapi menjadi sebahagian daripada (pengundi) kami, ia agak memalukan.

“Ada banyak cara lagi yang boleh dibuat. Saya pasti sebagai perdana menteri anda patut lebih mengerti daripada saya. Mohon maaf. “Saya harap anda akan mempunyai strategi lebih bagus untuk Bangladesh,” kata penggodam terbabit. Dalam kenyataan berlainan, penggodam terbabit turut memohon maaf dan mahu ia diambil iktibar atas kelemahan sistem keselamatan laman web berkenaan sehingga boleh dimanipulasi pihak luar.

Ucapan palsu Sheikh Hasina ini mula disiarkan dibeberapa blog sejak Jumaat lalu, menyatakan terdapat pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan, malah turut diberi hak untuk mengundi. Ia kononnya dipetik daripada ucapan Sheikh Hasina semasa mengadakan lawatan enam hari ke Korea Selatan dan Malaysia ketika Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur 18 Mei tahun lalu.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah. Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh kenyataan palsu itu menyeru rakyatnya agar mengambil peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara terbabit./fmt

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.