Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU MINTA RM 20 RIBU SEBULANPUN TAK DE HAL PUNYA ! JUTAWAN LA KATAKAN !

AC -Takkan Jutawan Gelang Tak Mampu Berikan Nafkah Anak!!

>> 07 September 2011

SHAFNIE (kiri) dan AC Mizal keluar dari mahkamah selepas perbicaraan kes tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Kajang, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor, Sep 7, 2011
Bekas mertua AC Mizal dakwa anaknya terpaksa pinjam duit

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.

Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.

Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

''Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,'' jelasnya.

Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen. -UM

EkEle :Ini kes aniayai perempuan, bekas isteri, si jantan berseronok dengan bini baru. Takkan jutawan yang 'femes' dengan kereta besarnya tak mahu dan tak mampu berikan nafkah anak. Kenalah selesaikan cepat...tak perlu bising-bising, kan untung jual gelang bertimbun-timbun, RM25 di China, RM1000 di Malaysia!!

Shafni menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan. Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.