UMNO NI ORANG MELAYU, DEPA MUDAH LUPA ! BIDALAN KATA JANGAN LUDAH KE LANGIT NANTI LUDAH TU KENA MUKA SENDIRI ! DAAAAK ! DEPA LUDAH JUGA ! PAS TU AMBIK KAUUUU !
Wednesday, September 7, 2011
1989 UMNO iktiraf Parti Komunis Malaya..
Mat Sabu dikatakan menghina 'Pejuang Negara' yang dibayar gaji oleh Penjajah British, bilamana dalam satu ceramahnya beliau telah mengistiharkan bahawa Mat Indera adalah 'Pejuang Negara' atau hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.
Tindakannya itu telah mengakibatkan 554 Laporan Polis (baca di SINI) telah dibuat terhadapnya, tetapi Perjanjian damai yang ditandatangani UMNO dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis.
Mana 554 orang yang buat laporan Polis tu? korang tak terasa ini juga satu penghinaan ke? atau pasal UMNO yang buat itu tak apa.. tak menjadi kesalahan..
Buktikan yang korang membuat laporan Polis terhadap Mat Sabu kerana sikap patriotik bukannya kerana untuk menjilat pemimpin UMNO yang ada sekarang..
Perjanjian damai 1989 boleh ditafsir iktiraf komunis- Aziz Bari
KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.
“Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.
“Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.
“Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka,” kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.
Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.
Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.
Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan untuk membuat tafsiran.
“Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif,” kata beliau.
Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.
“Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.
“Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir,” kata beliau.
“Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang,” katanya lagi.
Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan sebagainya sebelum negara mencapai kemerdekaan.
“MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua ‘diMalayakan’,” katanya.

4 orang berkata:
yeezy shoes
longchamp bags
nike air force
longchamp
af1
yeezy boost 350 v2
michael jordan shoes
michael kors outlet online
adidas online shop
longchamps
ugg boots
skechers shoes
ugg boots
converse trainers
michael kors handbags
mont blanc outlet
coach outlet online
prada outlet
pandora outlet
supra sneakers
jordan 6
converse outlet store
yeezy boost
pandora charms
true religion
light up shoes
moncler jackets
nike air max 90
under armour curry 3
adidas eqt support adv
denver broncos jerseys
nike outlet
ralph lauren outlet
coach factory outlet
coach outlet online
buffalo bills jerseys
nike blazer pas cher
bears jerseys
nfl jerseys wholesale
replica watches
Post a Comment