Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LA NI PEH PULA BUAT GEMPAQ

Exco Kedah: Tiada rancangan gantikan Azizan, semua OK

September 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Sept ─ Pemimpin kerajaan negeri Kedah berkata tiada cadangan untuk menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar ekoran masalah kesihatan wakil rakyat PAS itu.

Ketika dihubungi pagi tadi, tiga Exco kerajaan mengakui terkejut apabila terdapat usaha untuk menggantikan Azizan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata beliau hanya mengetahui perkara itu pagi tadi apabila diberitahu terdapat “berita sampah dalam akhbar” mengenai pentadbiran Kedah.

“Saya tidak tahu. Saya belum bertemu sesiapa sejak dua hari lalu kerana Hari Raya. Hari ini, ada orang beritahu ada berita sampah dalam akhbar. Mungkin saya perlu bercakap dengan kawan-kawan tentang perkara ini,” katanya.

Muka hadapan akhbar harian berbahasa Inggeris mengatakan Azizan (gambar) mungkin akan berundur kerana masalah kesihatan, mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menemui Sultan Kedah.

The Malaysian Insider difahamkan Hadi akan mengadakan kunjungan ke Kedah akhir minggu ini.

Laporan akhbar itu menyebut beberapa pemimpin meminta supaya beliau berehat disebabkan masalah kesihatan tetapi Azizan enggan berbuat demikian, dengan menegaskan ada banyak perkara hendak dilakukan.

Bagaimanapun Mohamed Taulan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menegaskan, semuanya “okay” dengan kepimpinan Azizan walaupun kurang sihat.

“Sebenarnya, semuanya okay... cuma beliau kadang-kadang penat dan doktor tidak membenarkan ramai pelawat kerana ia membuatkan beliau tertekan dan letih. Tapi yang pasti... ada yang melawat beliau pada pukul 2 pagi atau 3 pagi,” katanya.

Selain Mohamed Taulan, akhbar itu juga mencadangkan dua nama untuk menggantikan Azizan ─ Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan) dan Adun Pangkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga).

Seperti Mohamed Taulan, Amiruddin juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu, sambil berkata beliau tidak tahu jika ada perubahan barisan kepimpina.

“Bagi saya semua ini hanya berita. Tapi saya rasa, jika beliau (Azizan) kata beliau sihat maka beliau sihat. Itu hak individu bukan orang lain. Jadi saya tidk tahu dari mana mereka dapat berita ini...anda perlu periksa denga wartawan,” katanya.

Beliau menegaskan tiada sebarang masalah dalaman antara pemimpin PAS untuk merebut jawatan menteri besar dengan menambah ia “bukan cara PAS.”

“Kami semua menyokong Azizan. Beliau telah meminta kami mengambil alih beberapa tugas terutamanya semasa Ramadan...kami memberikan sokongan penuh,” katanya.

Amiruddin juga bersetuju berita Azizan mungkin sengaja dicipta untuk memecahkan perpaduan PAS di KEdah. Terdapat 16 Adun PAS dan tiga Adun PKR -jumlah keseluruhan 36 kerusi.

Phahrolrazi menolak untuk memberikan sebarang komen mengenai perkara itu, merujuk namanya disenaraikan sebagai salah seorang daripada calon yang mungkin menggantikan Azizan.

“Bila saya jadi tumpuan dalam perkara ini, ia lebih baik untuk saya tidak berkata apa-apa. Tetapi ya, sudah tentu kami bimbang akan kesihatan beliau dan kita sentiasa memberikan sokongan kepada beliau,” katanya.

Sementara itu dua Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee ketika dihubungi terkejut tentang perkara itu.

Manikumar berkata perkara itu perlu diselesaikan dalam kepimpinan PAS pusat tetapi menekankan lebih baik sekiranya Azizan kembali sihat dan meneruskan tugas sebagai menteri besar.

“Kita perlu memberi masa kepada beliau. Ini bukan soal untuk menggantikan beliau tetapi kita perlu pertimbangkan banyak isu lain... corak pentadbiran akan berubah...ia akan jadi sangat berbeza,” katanya.

Lim berkata Azizan bersungguh-sungguh untuk meneruskan tugas beliau tetapi menambah, beliau akan menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.