Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nuffnang Ads

Rabu, 7 September 2011

Anak saudara pengikut setia anggap Mat Indera pejuang kemerdekaan

JOHOR: Anak saudara kepada pengikut setia Muhammad Indera, Awang Yahya menganggap perjuangan Mat Indera mengangkat senjata melawan British, sebagai satu kaedah untuk mencapai kemerdekaan tanah air.

“Perjuangan Mat Indera ialah untuk membebaskan negara ini dari penjajahan. Ketika itu tidak ada daya melainkan masuk berjuang dengan menggunakan senjata. Itu sahaja kaedahnya.

“Manakala yang dibuat oleh mereka di luar seperti Tuanku Abdul Rahman, mereka berjuang dengan cara mereka, iaitu berunding. Masing-masing dengan cara mereka untuk dapat kemerdekaan. Tapi yang ‘kena’ ialah mereka (golongan kiri) ini, ditangkap dan diburu selama berbelas tahun,” jelas Awang ketika ditemui di rumahnya di Johor.

Awang ialah anak saudara kepada Sanib Jasmani- pengikut setia Mat Indera yang turut serta sebagai pengawal khas dalam rombongan rundingan damai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan Tunku Abdul Rahman di Baling pada 1955.

Sanib yang merupakan anggota pasukan Melayu Johor dari Rejimen ke-10 iaitu satu sayap PKM, meninggal dunia beberapa tahun lalu dan jasadnya disemadikan di Kuala Lipis, Pahang.

Dalam pada itu Awang diberitahu bahawa kebencian terhadap penjajah British tidak dapat dibendung apabila berkelakuan biadab terhadap orang Melayu ketika
itu.

“Anak orang anak dia, bini orang bini dia, arak atas meja. Orang kampung dah meluat. Mereka berjuang melawan British atas permintaan orang ramai,” kata Awang menceritakan pengalaman bapa saudaranya itu.

Sementara itu, adik Mat Indera, Johan Indera memberitahu abangnya merupakan guru agama yang warak dan pemimpin kesatuan buruh yang dihormati penduduk di daerah Muar,

Menurut Johan, ketika perjuangan bagi membebaskan tanah air memuncak, Mat Indera menjelajah ke kampung-kampung di sekitar daerah Muar untuk mengadakan ceramah-ceramah kelompok dan berpidato bagi menyemai semangat kemerdekaan di kalangan penduduk tempatan.

Justeru, beliau menolak dakwaan bahawa abangnya sebagai petualang bangsa, seperti yang ditohmah Umno dan media arus perdana.

“Macam perang di Iraq. Mengapa mereka yang menentang Amerika dianggap sebagaipengkhianat? Kalau dahulu, mereka yang lawan British pula yang dikatakan penjahat.“Ini dah berlaku di sini dahulu. (Sama macam) Amerika tipu (rakyat Iraq),” kata Johan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.