Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO SEMAKIN SAYU KERANA MENINGGALKAN PUTERAJA

Ahad, 11 September 2011

Najib Altantuya Menggelabah, Pakatan Rakyat Makin Mara Ke Putrajaya


Di sebalik ribuan rakyat yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka di Permatang Pauh, nampaknya kegusaran Najib Altantuya semakin ketara.

Apa tidaknya, dengan cubaan berbaur ugutan terhadap mana-mana pihak yang cuba nak tukar sejarah, sebenarnya dia runsing Pakatan Rakyat akan londehkan (baca: sedang dan terus) segala kebusukan yang Umno-APCO bakal tinggalkan apabila selesai pilihanraya umum ke 13 selesai kelak.


Walaupun dia cuba untuk mengelak dari memberi komen terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengkritik sejarah kemerdekaan negara sebenarnya ditipu hasil kuasa yang diperolehi British pada 31 Ogos 1957, sememangnya kegelisahan Najib Altantuya tak mampu diselindung lagi.

Dua sosok tubuh yang paling ditakutinya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kini berada di Munich, Jerman dan Mat Sabu ternyata merencatkan mood Najib Altantuya menggempur kubu kuat Anwar di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh sebentar tadi.


Jelas, walaupun Najib Altantuya bakal dihidangkan dengan "laporan muluk" oleh Pengerusi Umno-APCPO negeri, Zainal Abidin Osman, hakikatnya Najib Altantuya sendiri sudah dapat merasakan dia tidak lama di kerusi Putrajaya.


Mat Sabu boleh tersenyum sekarang kerana Najib Altantuya tak berani sebut namanya, tetapi bayang penipuan Umno-APCO akan terus menghantui perdana menteri seterusnya, itu pun sekiranya Muhyiddin Yassin merasa kerusi empuk nombor satu bila-bila masa dari sekarang.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.


Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.


"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.


Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.


"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.


Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.


"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.


"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.


Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.


Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.


Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.