Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

16 GRO diberkas di George Town

March 22, 2012
 
GEORGE TOWN, 22 Mac — Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh hari ini berkata polis telah menahan 15 wanita warga China dan seorang warga Vietnam berumur sekitar 20-an dan 30-an semasa mereka sedang melayan pelanggan di pusat hiburan di Jalan Penang pada pukul 2.30 pagi ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat dari Ibu Pejabat Kontinjen telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai menjadi orang tengah untuk mempromosi kegiatan GRO terbabit.

Polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tonto kerana menghalang tugas polis.

Beliau menambah, “Polis bertindak atas risikan dan maklumat awam telah beberapa kali melakukan serbuan di premis yang sama namun mereka masih tidak serik meneruskan kegiatan tidak bermoral itu," katanya hari ini.

Mohd Nasir berkata siasatan polis mendapati GRO terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.