Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHIDEN MIMPI SIANG

GTP bukan retorik semata-mata, kata Muhyiddin

March 22, 2012
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukanlah retorik kerajaan, sebaliknya usaha kerajaan melalui program GTP telah berjaya membuahkan hasil dan rakyat kini dapat menikmati hasil kejayaan daripada program berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan telah memainkan peranan proaktif dalam mengatasi peningkatan kos sara hidup melalui tujuh Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) dan usaha kerajaan itu telah membuahkan hasil.

"Sejak 24 bulan lalu, kerajaan telah berusaha membuktikan bahawa terdapatnya perkembangan positif melalui GTP walaupun ada sesetengah pihak memandang sinis terhadap perkara itu.

"Kerajaan melihat kehidupan rakyat semakin berbah. Kejayaan GTP dapat dilihat apabila ia telah melebihi sasaran sebanyak 121 peratus. Saya melihat berlakunya penurunan dalam kadar kes jenayah, peningkatan bidang pendidikan, dan pembangunan pengangkutan awam di kawasan bandar," jelas Muhyiddin dalam ucapannya ketika merasmikan majlis bersama pemimpin korporat di sini.

Jelas Muhyiddin lagi, bagi projek infrastruktur luar bandar, kerajaan telah berjaya membina 997 kilometer jalan raya dan menyediakan perkhidmatan air bersih untuk 72,406 isi rumah.

Malah, tambah Menteri Pelajaran ini lagi, kerajaan juga turut berjaya membantu golongan miskin tegar melalui program 1Azam bagi memastikan mereka tidak kembali terperangkap dalam kemiskinan.

"Bantuan kewangan yang diberikan melalui inisiatif kerajaan bertujuan untuk mengurangkan impak kenaikan harga makanan dan kejatuhan ekonomi yang bukan sahaja memberikan kesan kepada Malaysia, tapi juga kepada seluruh dunia.

"Sasaran utama adalah bagi mengurangkan beban rakyat melalui kaedah yang cepat dengan menggunakan strategi jangka panjang untuk mengatasi peningkatan kos sara hidup," katanya.

Kerajaan menurut Muhyiddin, sejak 2010 hingga julai 2011 telah membelanjakan RM36.7 bilion untuk bantuan wang tunai, makanan, dan subsidi petrol sebagai bantuan kepada rakyat.

"Melalui produk yang dihasilkan daripada 1Malaysia seperti program eKasih, pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, dan subsidi kepada hospital, semuanya diletakkan di bawah NKRA untuk mengurangkan bebanan rakyat.

"Di kawasan bandar, melalui NKRA pengangkitan awam, saya sendiri telah melancarkan KTM Komuter 38 kerusi enam gerabak (SES) bagi mengurangkan kesesakan penumpang. Kami turut membina terminal bas baru di Bandar Tasik Selatan dan Gombak, diikuti MRT yang masih lagi dalam pembinaan," jelasnya.

Selain itu, menurut beliau, kadar jenayah juga telah menunjukkan penurunan pada 2010 berbanding 2006 dan 2009 dengan kes jenayah menurun sebanyak 13 peratus dan jenayah jalanan menurun kepada 37 peratus.

"Inisiatif ini semua bukanlah satu retorik sebaliknya fakta. Hanya rakyat Malaysia yang dapat merasai nikmat ini.
"Kita harus jujur kepada diri kita sendiri, kita belum lagi berada dalam keadaan yang ingin kita capai, sebab itu kerajaan mengadakan semakan terhadap perbelanjaan dan hasil negara bagi mengawal subsidi kerajaan.

"Kita perlu pastikan setiap ringgit yang dibelanjakan bermanfaat untuk rakyat dan juga komuniti perniagaan di negara ini," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.