Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH TAK BOLEH PERCAYA


23 Mac, 2012


Ini Teknik Pembohongan Dalam Berita TV3

KULIM – Tiada sebarang aduan sama ada bertulis mahu pun secara lisan yang dikemukakan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Merbau Pulas berkenaan masalah yang melanda penduduk Taman Tunku Putra, Kilang Lama baru-baru ini.


Seperti yang disiarkan oleh media perdana, TV3, yang mendakwa kononnya ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Siti Ashah Ghazali bersikap lepas tangan dengan permasalahan banjir kilat yang melanda sebahagian penduduk taman perumahan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

“Saya tidak dimaklumkan langsung berkenaan masalah berkenaan. Tiada sebarang surat atau pun wakil penduduk Taman Tunku Putra yang datang berjumpa membincangkan hal tersebut.


“PKWR juga tidak menerima aduan berkenaan. Bagi saya dakwaan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak berasas kerana ianya di luar pengetahuan saya,” katanya ketika dihubungi.


Sehubungan itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Mohd Arof Darus ketika dihubungi memaklumkan, pihak MPKK menerima surat aduan dari Persatuan Penduduk, Taman Tunku Putra berkenaan masalah tersebut pada 4 Disember 2011 yang lalu dan kerja membaiki, memperbesar serta membersih longkang telah pun dilakukan.


“Masalah ini sebenarnya sudah lama, sejak tahun 70an lagi tetapi apabila berlaku kemajuan pesat, bangunan dan taman-taman perumahan dibina, apabila berlaku hujan lebat, air akan mengalir ke situ kerana kawasannya lebih rendah dari tempat lain.


“Walau bagaimana pun, pihak MPKK telah mengambil tanggungjawab di atas aduan mereka dan kita telah pun membuka tender untuk penyelenggaran longkang-longkang, naik taraf parit dan sebagainya sebagai usaha mengurangkan masalah berkenaan,” ujar beliau.


Tambahnya lagi, berita yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini bukanlah kejadian yang sebenar. Liputan banjir yang disiarkan adalah kejadian yang berlaku dahulu dan bukannya sekarang. Beliau juga menganggap berita yang disiarkan kurang tepat serta mempunyai motif politik.


Walau bagaimana pun hanya sekitar 9 hingga 10 buah rumah sahaja yang terlibat, bukannya keseluruhan kawasan perumahan seperti yang digambarkan.

Banjir kilat yang melanda sebahagian rumah di kawasan perumahan berkenaan sebenarnya telah berlaku sejak 2001 lagi dan sekarang ini ianya menjadi agak serius kerana wujudnya taman-taman perumahan seperti Taman Senangin, Taman Haruan dan pertumbuhan pesat Kulim Hi-Tech.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.