Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 7 Mac 2012

PRU 13 : PAS bakal letak calon bukan Islam di 6 negeri ???

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kepimpinan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU-13 nanti.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura.

Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan.

"Saya berharap sangat negeri-negeri berkenaan supaya memberikan semangat kepada DHPP sementara masih ada ruang untuk diisi oleh mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam, Kumuta Raman, walaupun atas nama Kelab Penyokong PAS waktu itu tetapi beliau bertanding atas tiket PKR.

Ekoran itu, Mujahid yang juga penasihat bersama DHPP berkata kini dewan itu menjadi sayap parti maka PAS menyusun gerak kerja pilihan raya termasuklah menyusun calon dari kalangan DHPP.

Sehubungan itu, Mujahid berkata, negeri Johor telah memperlihatkan semangat DHPP yang kuat dan berkemungkinan akan memberi lebih dari satu kerusi kepada DHPP.

Bagaimanapun, katanya, perlu ada rundingan yang bijak dalam menentukan calon supaya ia tidak berlaku pertindihan.

"Kalau kerusi kita (PAS) lebih selesa dan mudah untuk dirunding. Saya lihat kerusi parlimen agak mudah. Bagaimanapun kepimpinan negeri kena bijaksana,"katanya.

DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

DHPP dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Hrkh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.