Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

  Sekitar "Majlis Mahabbah" PAS Pusat & PAS Kedah


Alor Setar, 4 MAC: Pas akan mengumumkan keputusan sebulat suaranya bersabit krisis kepimpinan di Kedah pada tengah hari ini, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau mesyuarat berjaya mencapai satu penyelesaian sebulat suara selepas mesyuarat hampir enam jam yang bermula malam tadi bagi mengatasi kemelut berkenaan.
"Keputusannya, Pas akan umumkan esok tengah hari dan esok saya akan maklumkan pada media tempat dan waktunya," katanya.

Pertemuan khas pimpinan tertinggi Pas Pusat dan Kedah dimulakan dengan mendengar hujah pihak yang bertelagah - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebelum mesyuarat itu bermula, Phahrolrazi memberitahu pemberita beliau yakin akan "menang" dalam pertemuan khas itu yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Beliau adalah seorang daripada dua Exco yang menolak tawaran dilantik semula sebagai Exco, sekali gus mendedahkan krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kemelut itu membawa kepada campur tangan kepimpinan Pas Pusat.

Pada pertemuan mahabbah itu, Salahuddin berkata mesyuarat akan diteruskan hingga ke awal pagi nanti dan keputusan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam daripada sekarang.

"Pertemuan tadi diadakan untuk dua jam untuk kami mendengar segala penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Kami cukup puas hati dengan penjelasan-penjelasan yang telah dibuat demi untuk mencapai jalan penyelesaian dalam tempoh yang terdekat,” kata beliau.

Antara yang hadir pada perjumpaan mahabbah ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. -AntaraPos

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.