Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Skim pinjaman KWSP masih tiada perkembangan

March 05, 2012
 
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Rancangan kontroversi Putrajaya untuk meminjam RM300 juta dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pembeli rumah tidak berkemampuan di ibu negara menemui jalan buntu ke atas syarat keselamatan wang pencarum yang dituntut dana pencen terbesar negara.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), agensi pengurusan mewakili 802, 323 kakitangan dari 390 kesatuan sekerja, memberitahu The Malaysian Insider bahawa rundingan antara KWSP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bermula sejak awal bulan ini.

“Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol memberitahu saya bahawa DBKL tidak boleh bersetuju dengan syarat-syarat itu. Kami telah diberi taklimat pada 16 Februari tentang cadangan dan sehingga sekarang, masih tiada perkembangan,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor.

Menurut Presiden MTUC Khalid Atan (gambar), KWSP mendesak setiap 25 peratus pinjaman perlu diadakan dalam bentuk keselamatan wang oleh dana pencen manakala hak milik tidak sepatutnya diserahkan kepada 20,000 pemilik yang masih menyewa dan gagal membuat pinjaman daripada bank sehingga mereka mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau tidak jelas tentang fungsi 25 peratus keselamatan kerana “ kami tidak melihat cadangan sebenar”.

“Walaupun kami berada bersama, panel pelaburan dilantik Kementerian Kewangan menguruskan rundingan dan membuat keputusan keatas portfolio KWSP,” katanya dana itu bernilai hampir setengah tiga trilion ringgit.

Pada 8 Februari lalu, KWSP berkata ia masih dalam perbincangan dengan kerajaan pusat tetapi masih tiada perjanjian ditandangani bagi pinjaman RM300 juta kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (FTF)
Yayasan itu diketuai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ia tidak jelas mengapa DBKL enggan menerima syarat-syarat itu tetapi menyerahkan hak milik kepada pembeli sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan April tahun depan akan meningkatkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di ibu negara, di mana gabungan itu hanya memenangi satu daripada 11 kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Raja Nong Chik membangkitkan bantahan rakyat apabila mendedahkan cadangan skim pinjaman akan membolehkan kira-kira 20,000 pembeli rumah tidak berkemampuan membeli rumah dengan RM1.5 bilion daripada KWSP, yang bermaksud melindungi dana pencem 5.7 juta pencarum.

Beliau sebelum itu berkata pinjaman lebih selamat di bawah jaminan DBKL, sebuah agensi kerajaan dan KWSP akan mendapat pulangan setiap 5.5 peratus setiap tahun dari pembayaran balik pembeli rumah.

Senator Umno berkata beliau menjangkakan “tidak lebih daripada 10 peratus (daripada peminjam) akan tidak mahu”.

Tetapi pengurusan kerajaan atau KWSP belum menjelaskan mengapa wang pencen daripada dana perbendaharaan persekutuan digunakan untuk membantu membiayai mereka yang tidak berkelayakan untuk pinjaman bank komersial membeli rumah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.