Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR : Proses penambahbaikan pilihan raya akan diputus dalam pertemuan dengan PSC esok

March 13, 2012
 
KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan menyelesaikan segala permasalahan mengenai penambahbaikan pilihan raya dalam pertemuan terakhir dengan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen berkenaan penambahbaikan pilihan raya (PSC) esok setelah sekian lama orang ramai menunjukkan rasa tidak puas mereka terhadap proses pilihan raya negara.

Panel tersebut, yang dibentuk sejurus demonstrasi Bersih 2.0 Julai lalu hanya mempunyai tempoh tiga minggu untuk mengemukakan keputusan mereka sebelum tempoh penggal enam bulan diberikan tamat hujung bulan ini.
 
 
Menurut beliau, SPR bercadang untuk menerangkan kepada PSC berkenaan cadangan mereka setakat ini, kunci kepada implimentasi untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara

Wan Ahmad bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada SPR telah  mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengemukakan cadangan tersebut, tapi menjelaskan PSC akan diberitahu berkenaan “apa yang boleh dan tidak boleh” dilakukan.

“Saya yakin mereka (PSC) akan membangkitkan perkara ini esok. Kita lihat apa kata mereka.
“Dan kami akan menjelaskan apa yang kami boleh dan tidak boleh laksanakan dan masalah yang kami hadapi,” katanya.

Ketika mesyuarat PSC minggu lalu, wakil SPR diminta untuk menyerahkan mekanisme berkenaan pelaksanaan sistem pengundian luar negara sebelum panel berkenaan menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada Parlimen.

Menurut ahli jawatankuasa PSC, Anthony Loke, kegagalan SPR untuk mengemukakan perkara itu sama seperti tidak menghormati Dewan, yang telah pun memberikan kebenaran terhadap cadangan panel untuk membenarkan rakyat malaysia di luar negara mengundi.

Ketika ini, hanya pelajar Malaysia sepenuh masa, kakitangan awam, dan pasangannya yang menetap di luar negara berhak mengundi ketika pilihan raya.

“SPR  masih lagi belum menyerahkan cadangan mereka kepada kami ... menurut mereka, mereka memerluka lebih banyak masa untuk mengkaji perkara itu dan mereka hanya 'KIV' (keep in view).
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembentukan PSC selepas menerima kecaman antarabangsa ketika kerajaannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Pemerhati pilihan raya, dengan gabungan 62 badan bukan kerajaan, NGO, telah mengadakan perhimpunan kedua selepas 2007 menuntut pembersihan sistem pilihan raya negara.

Selain itu, menuntut penggunaan dakwat kekal, penyusunan undi pos,  tempoh berkempen dilanjutkan, akses yang adil terhadap media, dan sebagainya.

Namun penahanan ribuan peserta yang majoritinya berbaju kuning oleh kerajaan telah menerima kritikan daripada media asing.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.