Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tengku Mahkota Pahang nafi campur tangan kes khalwat Badrulamin

March 07, 2012
 
KUALA LUMPUR, 7 Mac - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat anggota majlis tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Hujung bulan lalu, Badrulamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. JAIP pada 25 Februari lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

Menurut  Mohamad Sahfri, siasatan ke atas Badrulamin masih diteruskan dengan beberapa orang saksi masih diambil keterangan mereka.

"JAIP perlu menjalankan siasatan terperinci dengan memerlukan sedikit masa kerana kes ini diperoleh daripada aduan dan bukannya daripada operasi seperti kebiasaan.

"Justeru saya ingin menasihati Badrulamin agar tidak memberi sebarang kenyataan kepada akhbar kerana ia sedikitpun tidak akan membantu proses siasatan," katanya.

Kata beliau, kenyataan yang tidak benar jika dikeluarkan akan mengganggu proses di mahkamah kelak.

Mohamad Sahfri juga kecewa dengan sikap Badrulamin yang enggan membuat laporan polis sekiranya benar beliau dipukul.

Badrulamin sebelum ini menjelaskan beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

Badrulamin berkata setelah menasihatkan wanita itu yang datang bersama anaknya, beliau kemudian menempah bilik hotel untuk mereka.

Bagaimanapun suami wanita itu yang ditemani 20 individu tidak dikenali tiba sebelum bertindak menyerang Badrulamin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.