Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, March 6, 2012


Gabenor di Sulawesi arah pekerja Muslim pakai tudung



JAKARTA: Gabenor Gorontalo, Encik Rusli Habibie, telah menguatkuasakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu.

Peraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah, selain menunjukkan perilaku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.

Berpuluh-puluh kakitangan wanita dilihat sudah pun memakai tudung di pejabat pentadbiran Gorontalo berikutan pelaksanaan dasar itu.

'Bukan hanya tudung malah semua pekerja Islam perlu meninggalkan kerja sebaik mendengar azan. Semua orang, kecuali pekerja wanita yang uzur, perlu ke masjid untuk bersolat,' Encik Rusli dipetik sebagai berkata oleh agensi berita di sini.
Dasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Encik Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo, Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar.

Baru-baru ini, Encik Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting bagi mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dengan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.

Gorontalo terletak di utara Sulawesi. Ia membentuk pentadbiran sendiri mulai Disember 2000 selepas berpecah dengan wilayah Sumatera Utara. -- Agensi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.