Wednesday, March 21, 2012
Najib Arah Hakim Beri Kemenangan Kepada FELDA ? Apalah Nasib Peneroka...
Suatu ketika dahulu, seorang bekas Ketua Hakim Negara pernah mendedahkan bahawa Tun M seorang Perdana Menteri yang selalu campur tangan dalam urusan kehakiman negara. Kali ini Najib Razak pula dilihat mengsahihkan dakwaan belakang tabir tersebut.
Felda yang dipimpin oleh seorang bekas pesalah rasuah, sejak kebelakangan ini berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan kadar perahan minyak atau OER. Kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred menjadi precedent case yang merunsingkan bukan sahaja pihak Felda, tetapi pihak kerajaan secara keseluruhannya.
Antara kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. Manakala 77 orang peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu juga telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Jumlah peneroka yang beratur untuk menyaman penipuan Felda bertambah ke beberapa gugusan termasuklah Gugusan Ayer Tawar, Sungai Koyan dan Gugusan Jengka. Jumlah saman peneroka yang bertambah ini memberi kesan yang besar terhadap kredibiliti Felda kononnya sebagai pembela bangsa melayu dan seterusnya menyebabkan kejatuhan undi deposit Bn melibatkan sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda. Tidak mustahil peneroka yang dianiaya berpuluh tahun ini akan beralih arah.
Justeru itu, untuk menghadapi saman dari ribuan peneroka Felda selain memperbetulkan persepsi terhadap kredibiliti Felda, kerajaan Umno didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda. Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu. Apa arahan Najib?
"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya"
Ini adalah bukti campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan mahkamah. Arahan Najib seperti terkandung dalam laporan di atas menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara. Oleh demikian, bagaimana mungkin kita mempercayai institusi kehakiman negara jika pendedahan seperti ini tidak diendahkan?
Di bawah ini edyes bawakan kepada anda apa yang terbuku di hati seorang anak peneroka Felda, buat tatapan anda semua;
Tujuan Tun A Razak buat Felda ialah utk beri tanah secara sewa beli kpd ORANG MELAYU, ISLAM, MISKIN, TAK BERTANAH sebaik mereka melunaskan Bayaran Kembali (BK) dalam tempoh 20-25 tahun. Dah langsai hutang geran pulak tak keluar. Tanam semula melalui Felda akan memberi hutang baru kpd peneroka. NAK RANTAI PENEROKA SAMPAI KIAMAT KE?
Tipu grading, tipu buah, tipu minyak busuk, tipu minyak isirung. Sepatutnya peneroka Felda semua dah jadi jutawan di Malaysia dgn keluasan 10-12 ekar tanah sorang. UMNO balun cukup2. makan duit haram betul.
Kadar Perahan Grade (KPG / OER) di Ladang & Kilang FELDA Purata 18% & Below = Grade C hampir di semua Tanah Rancangan Felda. KPG 21% & Above = Grade A yg sepatutnya diperolehi oleh peneroka dinafikan. M’sian KPG Average 22%. Beza kalau 3% bermakna peneroka kerugian sbnyk RM50X3 X 112000 = RM16.8 juta/sebulan dirompak drp peneroka. Bil peneroka 112000 kecuali Penang, WP dan Sarawak.
Minyak busuk/ minyak hitam/ mendapan pula : Setiap kilang ada 1 Kolam Mendap. Setiap minggu 5-6 Lori Dtg Sedut. Jika 1 liter =10 Sen, 1 Kolam = ? Tiada laporan. Tiada Audit! Pendapatan Cecah RM juta/setahun ! Minyak ini banyak di ekspot ke Indonesia utk hasilkan sabun, margerin dsb. PEROMPAK!!!
Setiap tan buah antara (90-100 biji) sekurang2 30 biji buah reject dgn alasan mengkal, muda dll. Buah reject sebenarnya diambil dan diproses juga bukan ditinggalkan diladang. Jika petik buah muda kena denda lagi. Ini cerita buah. memang diperbodohkan habis2 peneroka termasuk keluarga aku.Dalam tempurung kelapa sawit ada isirung yg mampu menghasilkan minyak yg berkualiti tinggi. Pernahkah peneroka mendapat hasilnya walau sesen? Sapa yg sapu hasil2 semua ni?
Wahai peneroka Felda, anda semua adalah wira bangsa yang banyak berjasa terutamanya dalam sudut menyumbang ekonomi berbentuk komoditi kepada kerajaan Malaysia. Anda semua peneroka Felda sepatutnya ditatang bagai minyak yang penuh oleh Felda dan Kerajaan Malaysia, namun semua jasa peneroka Felda dibalas dengan penipuan.
Kepada pembaca budiman, pastikan tulisan ini sampai ke seluruh peneroka berjumlah 112,635 ribu orang, serta generasi kedua dan ketiga yang sudah boleh membuang undi. Pastikan generasi peneroka Felda celik dengan maklumat betapa mereka ditipu hidup dan mati!
Kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.
Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.
"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"
0 orang berkata:
Post a Comment